Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2022

Di sebalik tabir persiap bendera raksasa negara

Jul 08, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT tiga Terbang Lalu Bendera Negara pada Hari Kebangsaan tahun ini - dua di kawasan perumahan yang akan dilakukan serentak dan satu melintasi Pentas Terapung Marina Bay.



Ketiga-tiga helikopter Chinook akan membawa bendera itu, bermula dari utara di Pangkalan Udara Sembawang sekitar 6.25 petang.



Acara di kawasan perumahan pula akan diadakan sebelum mulanya Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dan akan berlangsung sekitar 50 minit.



Rakyat Singapura akan menikmati acara Terbang Lalu Bendera Negara di Pentas Terapung Marina Bay semasa segmen NDP.



Acara Terbang Lalu Bendera Negara merupakan tradisi tahunan semasa NDP dan ia akan berlangsung waktu petang.



Berita Harian (BH) telah diundang baru-baru ini untuk menyaksikan di sebalik tabir persiapan kibaran bendera negara dalam satu acara media.



Mungkin ramai tidak tahu bahawa seramai 25 orang diperlukan untuk menggulung bendera Singapura sebesar 30 meter panjang dan 20 meter lebar, seumpama sepertiga padang bola.



Ia mengambil sekurang-kurangnya 45 minit hingga dua jam untuk menggulung bendera besar itu.



Dianggarkan kira-kira 300 anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dan anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) telah dilatih dan terlibat untuk melipat dan mengangkut bendera ke dalam helikopter Chinook.



Antara anggota yang terlibat dalam operasi itu adalah Pakar Ketenteraan Dua (ME2) Lin Cai Yu.



Tahun ini merupakan kali kedua beliau menyertai NDP. Kali pertama ialah pada 2011 sebagai sebahagian daripada kontinjen perbarisan.



Kali ini, beliau antara ahli pasukan bendera yang menyiapkan bendera untuk digantung dari helikopter Chinook. Beliau juga salah seorang ketua untuk keselamatan.



"Saya memastikan semua orang menggunakan sarung tangan dan mengikuti peraturan keselamatan yang lain sewaktu memasang bendera pada helikopter."



Beliau sebenarnya dari pangkalan udara berlainan dan dihantar ke Pangkalan Udara Sembawang untuk menyertai pasukan bendera tahun ini.



"Di sini, saya dapat memahami operasi dalam helikopter dengan lebih mendalam. Saya juga dapat membuat ramai kawan baru di Sembawang. Jadi, saya akan sentiasa ingat ikatan dan kenangan baru yang kami buat melalui peristiwa ini," kata beliau kepada BH.



Menurut Ketua Pasukan Bendera Negara, Pakar Ketenteraan Tiga (ME3) Law Wooi Pin, operasi bermula sejak September tahun lalu.



"Sebagai ketua saya harus memastikan bahawa kami mempunyai kakitangan yang cukup di semua tapak latihan," ujar beliau yang pernah menyertai NDP sebagai anak kapal sebelum ini.



"Detik yang saya amat gemar ialah apabila Chinook mengangkat bendera dan kami dapat melihat bendera buka terbentang. Itulah detik paling indah kepada saya," tambah beliau.



Seorang lagi anggota NSmen Pakar Ketenteraan Satu (ME1) Tang Wei Chi juga antara ahli pasukan bendera. Beliau berkata tugasnya agak mencabar secara fizikal.



"Apabila bendera sudah dipasang secara lengkap, beratnya adalah 1,250 kilogram. Saya sering memberi semangat kepada diri dan ahli lain supaya kami dapat melaksanakan tugas kami bersama," ujarnya sambil menambah mereka harus menyiapkan 15 set bendera secara keseluruhan sebagai langkah penyelesaian jika ada masalah berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >