RENCANA MINGGUAN INI DITERBITKAN DENGAN KERJASAMA RRG
Dialog bantu belia lebih faham tentang fahaman pelampau
Dialog 'Gelombang Pengganasan Seterusnya' bertujuan tingkat kesedaran ancaman pengganasan
Apr 28, 2019 | 05:30 AM
Usaha mendekati anak muda merupakan antara strategi penting dalam mencegah penyebaran fahaman ekstrem. Baru-baru ini, sekumpulan belia telah berpeluang mengenali lebih lanjut tentang ancaman pengganasan dalam satu acara di Masjid Khadijah. BERITA MINGGU melaporkan.
SEKUMPULAN pelajar sekolah sekular dan madrasah telah berpeluang berinteraksi antara satu sama lain, serta mengemukakan soalan kepada pakar berkenaan pengganasan baru-baru ini.