Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog belia, akar umbi bincang kukuh perpaduan sosial

Sep 27, 2021 | 05:30 AM



PELBAGAI isu yang boleh menjejas perpaduan sosial telah dibincangkan dalam satu perbincangan meja bundar, semalam.



Berjudul "Memperkasa Belia: Menangani Keganasan dan Memperkukuh Perpaduan Sosial", perbincangan tersebut dianjurkan Taman Bacaan dan Pertubuhan Akar Umbi Admiralty, dengan Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).



Seramai 45 orang termasuk belia dan pemimpin akar umbi telah hadir dalam acara yang berlangsung secara hibrid di Kelab Masyarakat Ace the Place.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim merupakan tetamu terhormat dalam acara itu.



Acara tersebut bermatlamat untuk menggalak perpaduan sosial dan memperkasa masyarakat untuk memainkan peranan dalam memastikan Singapura selamat selain memupuk kepentingan daya tahan sosial dalam usaha negara untuk menghapuskan sebarang perpecahan.



Antara yang telah memberikan ceramah termasuk Ustaz Dr Mohamed Feisal Hassan daripada RRG dan Master Benjamin Tan dari Persekutuan Taoist.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >