Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBANGUNAN MAMPAN PENGANGKUTAN DARAT SG

Dialog bersama rakyat bagi bina sistem pengangkutan bermakna, mampan

Iswaran: Akan dijalankan MOT, LTA bagi capai sistem yang penuhi keperluan hari ini dan masa depan
Sep 03, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan mengadakan beberapa sesi dialog bersama rakyat Singapura untuk mengetahui pandangan mereka demi membina sebuah sistem pengangkutan bermakna dan mampan.



Usaha pendekatan itu sebahagian daripada pergerakan Forward Singapore yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Jun.



Di bawah tunggak 'Bina' inisiatif mangkin usaha memenuhi aspirasi setiap warga itu, ia bermatlamat menyemak semula panduan pembinaan pengangkutan darat yang dibimbingi faktor tertentu seperti pilihan, kos dan isu perubahan iklim.



Dalam ucapannya semasa acara Hari Industri Pengangkutan Darat di Max Atria, Ekspo Singapura semalam, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, berkata Singapura harus menimbangkan segala keputusan yang diambil bagi masa depan sistem pengangkutannya, termasuk kesannya kepada sekitaran.



Ini lebih-lebih lagi dengan kesan ancaman perubahan iklim semakin mendesak di sini dan serata dunia.



Encik Iswaran berkata Singapura perlu membincangkan tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam usaha itu - "baik sebagai seorang penumpang, pembayar cukai, pemandu kenderaan atau penunggang, mahupun sebagai rakan industri dan pengawal pemerintah".



"Pendek kata, kita harus berganding bahu demi membina semula panduan masyarakat baru terhadap (isu) mobiliti bandaran, untuk membina sistem pengangkutan yang dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat Singapura hari ini dan juga bagi generasi masa depan," katanya.



Menurut Encik Iswaran, sejak dahulu setiap keputusan pembinaan sistem pengangkutan Singapura dibuat menerusi pilihan teliti oleh setiap lapisan masyarakat daripada pemerintah, peniaga, pekerja, penumpang dan rakyat.



Salah satu contoh ialah sistem MRT yang dilaburkan pemerintah pada 1980-an.



Menurutnya, ia bermula dengan pelaburan kos tinggi apabila ia ditimbangkan, sistem pengangkutan khusus khidmat bas sahaja tidak sesuai buat tempoh panjang.



Kini, khidmat itu adalah pilihan pengangkutan utama penduduk.



Oleh itu, Encik Iswaran berkata demi membina sebuah sistem bermakna dan mampan hari ini, pilihan itu turut perlu menimbangkan bukan kos dari segi kewangan serta tukar gantinya sahaja, malah kesan iklim.



"Demi memenuhi keperluan masyarakat kita yang kian berubah, kita harus membuat keputusan mengenai cadangan apa yang kita ingin pilih, memahami kos serta tukar gantinya, membuat persetujuan tentang cara kos itu dibiayai, sambil membimbing dan melindungi sumber umum dan sekitaran yang dikongsi," ujar beliau.



Encik Iswaran berharap menerusi dialog itu, orang ramai dapat menyumbang idea dan pandangan secara aktif dan mendalam memandangkan aspirasi dan budaya rakyat kian berubah.



Beliau berkata di bawah Pelan Induk Pengangkutan Darat 2040 ada beberapa matlamat dan objektif yang sudah dilakar dengan jelas, seperti mencapai 100 peratus kenderaan tenaga bersih menjelang 2040.



Justeru, dorongan mengadakan perbincangan itu juga dipengaruhi faktor luar seperti isu perubahan iklim.



"Pada masa sama keadaan domestik kita juga berubah sejajar dengan perubahan profil demografi buat dekad selanjutnya dan akan datang.



"Jadi kita harus melihat semula andaian yang telah dibuat sebelum ini untuk melihat apakah ia masih sah, atau apakah kita perlu mencari huraian baru untuk menanganinya," kata Encik Iswaran.




"Pendek kata, kita harus berganding bahu demi membina semula panduan masyarakat baru terhadap (isu) mobiliti bandaran, untuk membina sistem pengangkutan yang dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat Singapura hari ini dan juga bagi generasi masa depan...

Pada masa sama keadaan domestik kita juga berubah sejajar dengan perubahan profil demografi buat dekad selanjutnya dan akan datang. Jadi kita harus melihat semula andaian yang telah dibuat sebelum ini untuk melihat apakah ia masih sah, atau apakah kita perlu mencari huraian baru untuk menanganinya."

- Encik S. Iswaran, Menteri Pengangkutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >