Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog bincang masa depan S'pura masuki fasa baru: DPM Wong

Usaha seterusnya 'Forward S'pore' ialah dalami isu-isu tertentu, cari huraian secara bersama
Feb 11, 2023 | 05:30 AM



PERBINCANGAN seluruh negara yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang memberi tumpuan kepada membentuk masa depan dan kompak sosial Singapura, akan bergerak ke fasa seterusnya.



Sementara itu, Encik Wong, dalam satu video di TikTok semalam, berkata pemerintah akan mengemas kini dasarnya berdasarkan maklum balas dan idea yang diterima melalui latihan Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward Singapore itu.



Rancangan tersebut akan dikongsi dalam Belanjawan pada Selasa depan, tambah beliau.



Sejauh ini, dialog tersebut telah menarik lebih 14,000 rakyat Singapura dalam 140 sesi yang diadakan di kawasan kejiranan, sekolah dan dalam talian.



"Anda telah berkongsi pelbagai pandangan dan idea bersama kami, termasuk mengenai mobiliti sosial dan ketidaksamaan serta mempertingkat mereka yang serba kekurangan, peningkatan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan baik, dan bagi ibu bapa muda, aspirasi dan keprihatinan anda mengenai membesarkan keluarga.



"Teruskan mengambil bahagian dalam perbincangan dan inisiatif Forward Singapore kami.



"Dalam fasa latihan seterusnya, kami akan mendalami isu-isu tertentu dan mencipta bersama huraian dengan anda semua," kata beliau.



Latihan Forward Singapore itu dilancarkan Encik Wong pada Jun 2022 sejurus beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri.



Encik Wong menyeru rakyat Singapura untuk menawarkan idea bagi membentuk masa depan Singapura dan menyegarkan kompak sosial.



Latihan itu akan berakhir pada separuh kedua 2023 dengan laporan Forward Singapore.



Latihan selama setahun itu diketuai Encik Wong dan mempunyai enam tonggak yang diterajui oleh rakan pemimpin generasi keempat beliau, dalam bidang seperti pekerjaan, perumahan dan kesihatan.



Laman Forward Singapore itu telah dikemas kini semalam dengan butiran mengenai dapatan daripada perbincangan itu.



Ini termasuk kebimbangan mengenai peluang pekerjaan dan latihan serta peningkatan kemahiran, serta maklum balas bahawa takrif merit dan kejayaan semasa terlalu sempit dan harus diperluaskan.



Sesetengah peserta berkata bahawa terdapat perbezaan dalam ganjaran dan pengiktirafan merentas pasaran pekerjaan, yang merugikan pekerja bergaji rendah dan mereka yang memilih laluan kerjaya yang kurang konvensional.



Terdapat juga ramai yang menginginkan amalan tempat kerja yang lebih mesra keluarga dan perkongsian tanggungjawab ibu bapa yang lebih baik.



Berhubung topik hangat mengenai perumahan, dapatan tersebut menunjukkan peserta bersetuju bahawa Singapura harus terus menjadi sebuah masyarakat yang memiliki rumah.



Peserta merasakan dasar perumahan awam harus menyokong keperluan keluarga dan menggalak kesepaduan sosial, dengan dasar harus mengikuti perkembangan keperluan dan aspirasi rakyat Singapura.



Ada juga menyeru agar beberapa kumpulan pembeli yang ingin membeli rumah pertama mereka diberi lebih banyak sokongan dan keutamaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >