Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI

Dialog Chun Sing bersama pemimpin pelajar Melayu/Islam NTU

Soal pekerjaan pospandemik, perubahan iklim antara perkara dibincangkan
May 07, 2022 | 05:30 AM



PROSPEK pekerjaan pascapandemik, keseimbangan kehidupan, dan perubahan iklim antara isu yang menjadi keprihatinan beberapa mahasiswa Melayu/Islam Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Isu ini dibincangkan sekumpulan 10 pemimpin pelajar NTU bersama Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam sebuah dialog tertutup di kampus universiti tersebut semalam.



Perbincangan itu juga diadakan sempena Hari Raya dan merupakan yang pertama diadakan di kampus itu sejak pandemik Covid-19.



Antara yang hadir ialah pelajar perubatan Muhammad Danish Massuryono, 23 tahun, yang berkata isu seperti perubahan iklim dan pasaran kerja masa depan amat penting bagi mahasiswa sepertinya kerana ia menjejas mereka secara langsung.



"Saya berkongsi keprihatinan ramai pelajar NTU mengenai prospek pekerjaan masa depan kerana pandemik Covid-19 benar-benar mengganggu cara kita berfungsi dan bekerja sebagai sebuah masyarakat.



"Lebih banyak kerja beralih ke aturan kerja hibrid, dan bagaimana trend ini berubah akan menjadi sesuatu yang menarik perhatian," ujar Encik Danish semasa ditemui media selepas dialog itu.



Beliau sendiri meraih peluang bermakna sebagai pekerja penjaga-an kesihatan barisan depan semasa menjalani latihan klinikal di tengah-tengah pandemik itu.



"Walaupun ada kebimbangan kami akan dijangkiti Covid-19 dan merebakkannya kepada ahli keluarga, kami mempunyai suri teladan baik - doktor dan jururawat - yang meletakkan nyawa mereka dalam risiko demi berkhidmat kepada pesakit dan membantu mereka yang memerlukan," kata Encik Danish.



Ditemui selepas dialog itu, presiden Persatuan Muslim NTU, Cik Hairawanie Hairudinsah, 23 tahun, berkata antara isu yang menjadi keprihatinannya ialah keseimbangan kehidupan.



"Satu isu yang amat penting bagi saya ialah bagaimana saya boleh membahagikan masa dalam kehidupan saya sebagai seorang ketua, seorang anak, seorang kawan dan mahasiswa," ujar pelajar kejuruteraan mekanikal itu.



Seorang lagi peserta, presiden Per-satuan Bahasa dan Budaya Melayu NTU, Encik Muhammad Amirul Abdullah, 24 tahun, berkata dialog itu turut membincangkan peranan pelajar dalam mengatasi perubahan iklim.



"Menurut Encik Chan, sebagai pelajar sains kemasyarakatan, kami boleh memikirkan cara kami boleh mengubah perspektif mahasiswa bagi mengatasi isu perubahan iklim," katanya.



Menurutnya, memandangkan langkah pengurusan selamat telah dilonggarkan, persatuan pelajar kini boleh mengadakan program melibatkan lebih ramai pelajar.



Turut hadir dalam dialog itu ialah Provos Bersekutu (Kehidupan Pelajar), Profesor Madya Victor Yeo; dan penasihat Persatuan Muslim NTU, Penolong Profesor Walid Jumblatt Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >