Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog pasca Belanjawan: Pakej Generasi Merdeka, usia bersara jadi tumpuan

Mar 28, 2019 | 05:30 AM



BERBAGAI soalan berhubung Pakej Generasi Merdeka dan usia persaraan telah diketengahkan dalam dialog pasca Belanjawan yang ketiga anjuran rangkaian M kuasa tiga (M³) kelmarin.



Isu-isu yang ditimbulkan itu mencerminkan keprihatinan masyarakat Melayu yang kini lebih bersedia bekerja untuk lebih lama di samping mengalami cabaran kesihatan, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad.



Encik Zaqy dan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, merupakan anggota panel sesi dialog terakhir dianjurkan oleh M³ - yang terdiri daripada Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Sesi dialog di Kelab Masyarakat Keat Hong itu dihadiri oleh sekitar 200 pemimpin akar umbi.



Mengulas lanjut tentang dialog tersebut, Encik Zaqy yang merupakan penasihat Mesra, berkata:



"Kita menerima banyak soalan tentang Pakej Generasi Merdeka dan usia persaraan dalam sesi kali ini.



"Ini semua adalah soalan yang penting kerana kita sedar hari ini ramai orang Melayu masih mahu bekerja walaupun usia semakin meningkat, menghidapi isu kesihatan kronik ataupun keluarga mereka sendiri mengalami isu-isu ini.



"Ini sekali gus memberi kami peluang untuk menjelaskan lebih lanjut tentang skim dan program di bawah Belanjawan dan peserta dapat membantu sebarkannya kepada anggota masyarakat lain."



Sementara itu, Encik Amrin berpandangan maklum balas diterima amat bermutu dan menunjukkan masyarakat peka tentang program yang ada.



Pada masa sama, beliau menggesa masyarakat supaya melihat kepada Pakej Generasi Merdeka secara keseluruhan.



Ini berikutan adanya keprihatinan bahawa tokokan Medisave di bawah pakej itu tidak mencukupi.



"Memang banyak minat dan keprihatinan orang ramai tentang hal ini. Tetapi saya rasa kita harus melihat Pakej Generasi Merdeka secara menyeluruh.



"Matlamat pakej ini bukan atasi semua cabaran tetapi bagi meringankan bebanan masyarakat generasi Merdeka dan keluarga mereka, dengan tumpuan diberikan kepada kos kesihatan.



"Ini selain daripada subsidi lain diberi. Jadi pakej ini adalah bagi mengurangkan bebanan mereka.



"Kita juga harus lihat aspek bantuan lain diberi pemerintah seperti tokokan Kad PAssion Silver dan subdisi bagi jagaan pesakit luar yang diharap dapat memberi kelegaan," jelas beliau.



Encik Amrin juga menegaskan bahawa pemerintah prihatin cabaran yang dihadapi warga seperti kos hidup dan ingin mendampingi masyarakat menerusi dasar yang boleh membina masyarakat Singapura yang dapat dibanggakan pada masa depan.



Seorang peserta, Cik Rusnah Mohd Sah, 65 tahun, yang juga Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Panjang mengutarakan keprihatinannya tentang peluang pekerjaan selepas menjangkaui usia 67 tahun nanti.



"Kami tahu pemerintah kini dalam proses berbincang untuk menaikkan lagi usia persaraan mahupun usia pengambilan pekerjaan semula kepada 70 tahun.



"Namun selepas itu, ramai penduduk berkongsi dengan kami yang mereka prihatin tentang peluang pekerjaan untuk mereka.



"Tetapi dengan penjelasan diterima, saya yakin pemerintah akan lakukan usaha terbaik untuk membantu golongan ini," terangnya.



Melangkah ke hadapan, Encik Zaqy menyeru masyarakat Melayu agar memanfaatkan wadah yang ada untuk pertingkatkan diri dan merebut peluang, khususnya dalam ekonomi yang baru.



"Saya harap melalui jaringan masyarakat seperti akar umbi, masjid dan sekolah, ia membuka peluang kepada masyarakat kita untuk bersepadu.



"Dengan menggunakan platform seperti M³ serta program pemerintah lain seperti Uplift, mereka akan dapat tingkatkan keupayaan," terangnya.



Encik Zaqy juga menggalak lebih ramai anak muda yang berjaya supaya tampil ke depan dan membantu golongan yang memerlukan, bergerak ke hadapan.




"Kita menerima banyak soalan tentang Pakej Generasi Merdeka dan usia persaraan dalam sesi kali ini.



Ini semua adalah soalan yang penting kerana kita sedar hari ini ramai orang Melayu masih mahu bekerja walaupun usia semakin meningkat, menghidapi isu kesihatan kronik ataupun keluarga mereka sendiri mengalami isu-isu ini."
- Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad.



"Matlamat pakej (Generasi Merdeka) ini bukan atasi semua cabaran tetapi bagi meringankan bebanan masyarakat generasi Merdeka dan keluarga mereka, dengan tumpuan diberikan kepada kos kesihatan. Ini selain daripada subsidi lain diberi. Jadi pakej ini adalah bagi mengurangkan bebanan mereka."
- Encik Amrin Amin, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >