Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog Shangri-La Jun ini dibatal

May 21, 2021 | 05:30 AM



DIALOG Shangri-La yang sepatutnya diadakan pada 4 hingga 5 Jun ini di sini telah dibatalkan.



Mengumumkan demikian semalam, jurucakap Institut Pengajian Strategik Antarabangsa (IISS), yang menganjurkan dialog tersebut, berkata pembatalan dialog itu suatu yang "dikesali dan menyedihkan".



Sebelum ini diumumkan bahawa dialog itu akan dianjurkan secara fizikal dalam gelembung di Hotel Shangri-La.



Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, telah mengesahkan kehadirannya, sementara Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga telah diundang memimpin acara tersebut sebagai pembicara utama.



"Malangnya, keadaan Covid-19 global baru-baru ini telah merosot, sebahagiannya kerana peningkatan varian Covid baru yang menular," kata jurucakap itu.



"Di Singapura, terdapat peningkatan bilangan jangkitan dalam masyarakat, perintah kawalan baru dan prospek langkah kawalan lebih lanjut tidak dapat ditolak tepi, semua itu menimbulkan ketidakpastian.



"Faktor-faktor ini menjadikan penganjuran Dialog Shangri-La secara fizikal tahun ini tidak dapat dilaksanakan," tambah IISS.



IISS berkata ia akan merancang mengadakan Dialog Shangri-La secara bersemuka pada pertengahan tahun depan.



Mengulas pembatalan dialog itu, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata pada awal tahun ini, IISS dan Kementerian Pertahanan (Mindef) "agak optimistik bahawa dengan langkah-langkah kawalan dan vaksinasi besar-besaran yang dijalankan di banyak negara pertemuan fizikal di Singapura boleh diadakan pada Jun".



"Meskipun dikesali, (pembatalan) ini merupakan langkah yang bertanggungjawab, dengan kesihatan dan keselamatan masyarakat setempat dan peserta sebagai pertimbangan utama," kata Encik Ng, menulis di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >