Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog Shangri-La pada 4-5 Jun di S'pura dibatal kerana situasi Covid-19

May 21, 2021 | 01:31 AM



DIALOG The Shangri-La yang dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 5 Jun di Singapura telah dibatalkan, umum penganjur pada Khamis (20 Mei).



Jurucakap bagi Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik (IISS) ini berkata "dengan kesal dan dukacita" sidang puncak keselamatan ini harus dibatalkan.



Sebelum ini, dimaklumkan bahawa dialog akan berlangsung dengan peserta hadir secara fizikal dalam gelembung di Hotel Shangri-La.

 



Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin telah mengesahkan kedatangannya sementara Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga, telah diundang bagi menerajui acara sebagai penceramah not dasar.



"Sayang sekali, situasi Covid-19 sejagat semakin meruncing, sebahagiannya, kerana tambahan bilangan varian Covid-19 baru yang lebih mudah menjangkiti," kata jurucakap IISS.



"Di Singapura, kes masyarakat bertambah dengan pemerintah baru-baru ini mengenalkan langkah sekatan baru dengan kemungkinan langkah tersebut lebih diperketat tidak dapat dinafikan - kesemuanya mewujudkan keadaan tidak menentu.



"Mengambil kira semua faktor ini bererti mengadakan Dialog Shangri-La secara perhimpunan fizikal tahun ini menjadi sesuatu yang tidak mungkin diteruskan," tambah jurucakap itu.



Jurucakap Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata ia menyokong keputusan membatalkan dialog itu "kerana ketidaktentuan yang berterusan menyelubungi situasi Covid-19 di peringkat sejagat dan tempatan".



Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pula menulis di Facebook, dengan menyatakan awal tahun ini, IISS dan Mindef "agak optimistik" langkah kawalan dan vaksinasi beramai-ramai yang dilaksanakan di banyak negara akan membenarkan mesyuarat fizikal dijalankan pada Jun.



Mengenai pembatalan acara ini, beliau berkata: "Walaupun ia dikesali, ia adalah langkah bertanggungjawab yang diambil, dengan kesihatan dan keselamatan masyarakat setempat dan peserta adalah pertimbangan paling utama."



Pada Isnin lalu, IISS menegaskan hasratnya meneruskan dialog ini ketika Forum Ekonomi Dunia membatalkan mesyuarat tahunan khas yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada Ogos.



Pada Khamis, jurucakap IISS berkata ramai dalam kalangan menteri pertahanan, pegawai kanan, pemimpin korporat dan pelakar strategi berpengaruh dari Asia, Amerika Utara, Timur Tengah dan Eropah telah mengesahkan kehadiran mereka.



Dr Ng berkata Singapura berbesar hati dengan respons postif terhadap undangan yang diberi bagi acara ini khususnya daripada Encik Suga dan ramai menteri pertahanan.



"Komitmen untuk berada di sini di Singapura secara fizikal menggambarkan keinginan kuat peserta menjalankan dialog bermakna bagi menangani isu keselamatan transnasional yang mendesak dan mendatangi kita semua," tulis Dr Ng.



Beliau menambah pembatalan Dialog Shangri-La ini tidak sedikit pun menggambarkan komitmen yang berkurangan terhadap dialog ini serta usaha mendekati masyarakat dunia bagi menggalak keamanan dan kemantapan di Asia dan luar rantau ini.



"Sebaliknya, ia adalah satu lagi contoh bagaimana Covid-19 telah menjejas norma dalam semua aspek kehidupan kita dan wacana sosial.



"Kita akan mencari saluran gantian dan lebih selamat bagi matlamat penting ini," tambah Dr Ng.



Jurucakap IISS berkata institut itu akan merancang kembalinya acara fizikal Dialog Shangri-La ini pada pertengahan tahun depan.



Pembatalan acara ini dan Forum Ekonomi Dunia ini bermakna hanya Forum Ekonomi Baru Bloomberg yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 19 November sebagai acara besar dijadualkan tersenarai dalam kalendar Singapura.



Jika diteruskan, sidang ini akan menghimpunkan pemimpin pemerintah dan peniaga terulung merata dunia termasuk bos Tesla, Elon Musk, bagi membincangkan cabaran sejagat masa kini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >