Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG SHANGRI-LA

SG perkukuh hubungan antarabangsa dalam pertemuan sempena dialog

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA memperkukuh hubungan dengan beberapa negara di dalam dan luar rantau ini dalam pertemuan antara pemimpin yang melawat Republik ini beberapa hari lalu sempena Dialog Shangri-La.



Menteri dan pegawai pertahanan kanan dari negara seperti Amerika Syarikat, Australia, China, Indonesia, Malaysia, Perancis dan Qatar telah menemui pemimpin Singapura dalam pertemuan dua hala di luar dialog itu.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pelbagai pertemuan itu merupakan peluang yang baik untuk bertukar-tukar pandangan dan memperkukuh hubungan antara negara masing-masing.



"Dunia telah berubah sejak kami mengadakan Dialog (Shangri-La) - bukan sahaja disebabkan pandemik, bahkan kerana perang di Ukraine sekarang, persaingan Amerika Syarikat-China yang meningkat, serta ketegangan geopolitik yang lebih tinggi.



"Sedang negara menilai semula strategi pertahanan mereka untuk memberi respon kepada peralihan global ini, mereka juga harus berusaha untuk berganding bahu dengan lebih rapat, memupuk kepercayaan dan memperdalam kerjasama," kata Encik Lee dalam satu catatan di Facebook, semalam.



Tambahnya, usaha tersebut akan membantu untuk memperkukuh keselamatan bersama, serta menegakkan aturan gobal berdasarkan peraturan.



Dalam pertemuan Encik Lee bersama Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kelmarin, kededuanya memperkukuh hubungan yang sudah lama terjalin dan kerjasama meluas antara Singapura dengan Malaysia, serta hubungan yang kukuh antara rakyat kededua negara.



"PM Lee dan Encik Hishammuddin membincangkan respon kededua negara terhadap cabaran keselamatan serantau bersama seperti keselamatan siber dan maritim, serta antipengganasan," kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan.



Encik Lee juga telah menemui Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, dan kededuanya memperkukuh hubungan dua hala dan ikatan antara rakyat yang rapat dan terjalin sejak sekian lama antara Singapura dan Indonesia, kata Mindef.



Ini ditekankan dengan penandatanganan beberapa perjanjian di bawah Rangka Kerja diperluas semasa Rahat Pemimpin pada Januari lalu.



"PM Lee dan Encik Prabowo juga bertukar-tukar pandangan mengenai keprihatinan global seperti antipengganasan, keselamatan maritim dan makanan, serta menekankan peri pentingnya memperkukuh kerjasama dan kepercayaan antara kededua negara," kata Mindef.



Pertemuan antara Encik Lee dengan Datuk Hishammuddin serta Encik Prabowo secara berasingan di Istana itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >