Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Dian@M3 manfaat kumpulan sukarelawan dekati keluarga di flat sewa

Ini termasuk kumpulan sukarelawan bukan Melayu/Islam
Jul 06, 2022 | 05:30 AM



Bagi memastikan isu-isu yang dialami penduduk rumah sewa diketahui dengan mendalam, Projek Dian@M3 memerlukan sokongan ramai, termasuk kumpulan sukarelawan bukan Melayu/Islam. Bagaimana dapat ia dilakukan dan siapa antara kumpulan sukarelawan ini? BERITA HARIAN melaporkan. 



PROJEK Dian@M3 akan memanfaatkan kumpulan-kumpulan sukarela - termasuk kumpulan bukan Melayu/Islam - yang sedia ada dalam usaha mendekati penduduk di flat-flat sewa.



Usaha sedemikian akan dapat menjimatkan masa, termasuk bagi para Duta Dian yang akan melibatkan penghuni flat sewa di bawah inisiatif intervensi atau 'campur tangan' awal yang baru diperkenalkan di bawah projek tersebut.



Ini kerana kumpulan sukarela yang sedia itu mengenali para penghuni flat-flat sewa setelah sekian lama mendampingi keluarga sedemikian, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, selepas lawatannya ke tiga flat sewa sedemikian di Blok 19 Upper Boon Keng Road, Sabtu lalu.



Dalam lawatannya itu, beliau ditemani Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, dan sekumpulan sukarelawan yang juga terdiri daripada anggota bukan Melayu/Islam dari Pasukan Jagaan Geylang West.



Mereka mengunjungi tiga keluarga berasingan di blok tersebut.



"Pada masa ini sudah terdapat kumpulan-kumpulan sukarelawan yang turut serta membantu keluarga yang tinggal di flat-flat sewa ini.



"Mereka mengenali para penduduk di flat sewa ini dengan lebih mendalam memandangkan mereka juga penduduk dalam kawasan yang sama, dan telah mengunjungi isi rumah yang perlukan bantuan sejak sekian lama.



"Sebaiknya kita terus manfaatkan pengetahuan anggota kumpulan ini tentang keluarga-keluarga tersebut.



"Justeru Duta Dian yang akan cuba menghampiri keluarga-keluarga tersebut boleh manfaatkan pengetahuan kumpulan ini," katanya.



Sebelum melangkah masuk ke flat-flat sewa itu, Duta Dian akan diberi maklumat tentang latar belakang keluarga yang akan mereka temui.



Lantas beliau tidak menolak kemungkinan untuk mendampingkan Duta Dian dengan anggota-anggota kumpulan sukarela itu semasa inisiatif baru Projek Dian berlangsung.



"Terdapat anggota kumpulan sukarelawan ini bukan masyarakat Melayu/Islam.



"Justeru kehadiran Duta Dian akan dapat memahami nuansa budaya sisi rumah Melayu/Islam yang dikunjungi," kata Dr Maliki juga.



Di bawah inisiatif baru itu, para sukarelawan akan mendekati isi rumah yang mempunyai kanak-kanak berusia antara tiga dengan enam tahun dengan satu program pendidikan.



Sebagai sebahagian usaha menyokong inisiatif ini, para duta yang terlibat akan dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran dalam pembangunan awal bagi kanak-kanak dalam lingkungan usia tersebut.



Mereka akan menjalani latihan hasil kerjasama Projek Dian@M3 dengan program KidSTART di bawah kendalian Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda).



Latihan akan menyasarkan terhadap kanak-kanak yang berusia antara tiga dengan enam tahun, dan bagaimana untuk melibatkan ibu bapa dalam pembelajaran serta perkembangan anak-anak mereka.



Difahamkan latihan dijangka bermula sekitar bulan depan.



Sebanyak 20 keluarga flat sewa di tiga estet perumahan telah dikenal pasti bagi inisiatif perintis ini.



Mereka termasuk keluarga yang tinggal di Blok 38, Bedok South; Blok 1 Eunos Crescent dan Blok 19 Upper Boon Keng Road.



Inisiatif ini diselaraskan Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M3) atau M³ ECO. Pejabat itu dibentuk kakitangan daripada Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) PA, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Yayasan Mendaki.



Sehingga Ahad lalu, sebanyak 15 daripada 20 keluarga flat sewa di tiga estet perumahan itu telah dihampiri.



Dianggarkan terdapat sekitar 2,300 keluarga Melayu yang tinggal di flat sewa buat kali pertama, dan mempunyai seorang anak berusia enam tahun ke bawah.



Sekitar 60 peratus daripada mereka mempunyai seorang anak berusia tiga tahun ke bawah.



Projek Dian@M3 diperkenalkan tahun lalu bagi menyokong mobiliti sosial penghuni flat sewa agar mereka dapat memiliki flat sendiri.



Pada masa yang sama, ia diharap dapat menawarkan sokongan lebih menyeluruh bagi keluarga tersebut.




"Mereka mengenali para penduduk di flat sewa ini dengan lebih mendalam memandangkan mereka juga penduduk dalam kawasan yang sama, dan telah mengunjungi isi rumah yang perlukan bantuan sejak sekian lama. Sebaiknya kita terus manfaatkan pengetahuan anggota kumpulan ini tentang keluarga-keluarga tersebut. Justeru Duta Dian yang akan cuba menghampiri keluarga-keluarga tersebut boleh manfaatkan pengetahuan kumpulan ini."
- Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, mengenai kumpulan sukarelawan sedia ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >