Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dian@M3 tumpu bantu keluarga muda di flat sewa tingkat hidup: Maliki

Sokongan bersepadu stabilkan ekonomi keluarga, beri tumpuan khas ke atas keperluan, kebajikan anak-anak
Mar 27, 2022 | 05:30 AM



KIAN ramai di kalangan penduduk flat sewa terdiri daripada keluarga muda dengan anak kecil yang belum pernah memiliki flat sendiri, dan golongan ini memerlukan perhatian terperinci dan pendekatan bantuan yang lebih menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.



Selain memastikan mereka berupaya menstabilkan kedudukan ekonomi untuk melangkah ke arah pemilikan flat sendiri, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, menekankan pentingnya memberikan tumpuan khas terhadap keperluan dan kebajikan anak-anak mereka.



Menurutnya, sokongan bersepadu bagi keluarga di flat sewa ini akan disalurkan melalui Projek Dian@M3 yang diperkukuh dengan inisiatif dan program pemerintah di peringkat nasional.



"Kita bukan saja perlu membantu mereka dari segi sumber ekonomi mereka pada ketika ini, tetapi memastikan mereka berupaya menstabilkan keadaan ekonomi mereka dan berupaya memiliki flat sendiri.



"Ini kerana sebagai pemilik flat, harga diri mereka akan lebih tinggi, dan kestabilan dan persekitaran yang dapat mereka sediakan untuk anak-anak juga akan lebih baik.



"Jadi, lebih banyak usaha diperlukan untuk membantu mereka," katanya dalam satu temu ramah bersama Berita Minggu (BM) susulan perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam baru-baru ini.



Terdapat sekitar 2,300 keluarga Melayu/Islam muda yang belum pernah memiliki flat sendiri dengan sekurang-kurangnya seorang anak yang berusia enam tahun ke bawah.



Secara keseluruhan, terdapat 3,800 kanak-kanak yang berusia enam tahun ke bawah di kalangan keluarga-keluarga ini.



Demi membantu golongan keluarga ini, Projek Dian@M3 akan bekerjasama antaranya dengan program KidSTART yang akan menyediakan sokongan di peringkat awal kepada keluarga berpendapatan rendah dengan anak-anak berusia sehingga enam tahun di rumah, masyarakat dan prasekolah, kata Dr Maliki.



Melalui program yang dikendalikan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) itu, tumpuan akan diberikan kepada keupayaan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak kecil, bermula sejak tempoh kehamilan hingga anak-anak berusia enam tahun.



Jika keluarga masih memerlukan sokongan dalam hal kebajikan anak-anak mereka selepas itu, bantuan akan diteruskan melalui program Pasukan Bertindak bagi Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga (Uplift) yang dikendalikan Kementerian Pendidikan (MOE).



Ini langsung memastikan sokongan menyeluruh diteruskan sejak sebelum kanak-kanak itu lahir sehingga mereka memasuki sekolah, jelas Dr Maliki.



Menurutnya, ramai di kalangan pasangan muda yang tinggal di flat sewa mempunyai perspektif hidup yang terhad disebabkan persekitaran keluarga mereka sebelum ini.



"Worldview dan persekitaran mereka membentuk perspektif laluan kehidupan mereka.



"Ini menjadi hambatan psikologi kerana mereka tidak pernah melihat persekitaran yang berlainan daripada kehidupan mereka sebelum ini.



"Apa yang harus kita lakukan adalah memahami, bersimpati dan bersikap empati kepada mereka serta memberikan mereka harapan bahawa walaupun ini mungkin cara mereka hidup sebelum ini, ia tidak semestinya berterusan," kata Dr Maliki sambil menekankan pentingnya program mentor bagi mencetus inspirasi bahawa mereka juga mampu mencapai aspirasi sendiri.



Laporan lanjut: M3 tumpu perkasa tenaga relawan demi hulur bantuan lebih berkesan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >