Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SKIM BAGI MAJIKAN BANTU PEKERJA BERISIKO

Diberi peluang latihan kerja di kafe walau berkeperluan khas

Jul 17, 2019 | 05:30 AM



SEBAGAI individu kurang upaya dari segi intelektual, terdapat banyak cabaran yang perlu dilalui golongan itu, termasuk soal pekerjaan.



Namun bagi Cik Siti Nur 'Ain Salleh, beliau diberi peluang menjalani latihan bekerja di tempat kerja di bawah Program Persediaan Pekerjaan Dewasa di My Inspiring Journey (MIJ) Special Education Hub.



Di bawah program itu, Cik Nur 'Ain bekerja dan menjalani latihan di Ashraf's Cafe di Changi Road, untuk membuat kopi dan makanan yang dipesan pelanggan.



Selain itu, mereka juga belajar tentang sikap profesionalisme dan etika bekerja.



Bahkan, wanita berusia 28 tahun itu amat gembira diberi peluang bekerja di kafe itu.



"Saya memang minat kerja dalam khidmat makanan dan minuman. Saya suka belajar buat kek dan memasak," kata beliau.



Cik Nur 'Ain mengalami kelewatan pembangunan global (global developmental delay), iaitu keadaan di mana individu mengambil masa lebih lama untuk mengecapi pencapaian pembangunan tertentu berbanding kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka.



Malah, demi mempermudahkan tugasnya, majikan beliau telah memanfaatkan Program Pintu Terbuka (Open Door Programme) di bawah inisiatif Suai-Maju (Adapt & Grow) untuk membeli mesin membuat kopi yang memaparkan gambar jenis minuman yang berlainan.



Mesin itu juga menampilkan panduan langkah demi langkah untuk membuat kopi.



Gambar dan panduan itu telah membolehkan Cik Nur 'Ain membuat kopi menggunakan mesin itu dengan mudah.



Beliau hanya perlu menekan gambar minuman yang dipesan pada skrin sentuh yang ada pada mesin itu dan mesin itu akan membuat kopi tersebut.



Tempat kerja Cik Nur 'Ain, Ashraf's Cafe, dibuka pada Jun tahun lalu dan diasaskan Cik Faraliza Zainal, pengasas MIJ Special Education Hub.



Kafe itu dinamakan sempena nama anak Cik Faraliza, Ashraf Mohammad Ali, yang mengalami autisme dan Tuberous Sclerosis (gangguan genetik dengan pertumbuhan tumor yang mengganggu perjalanan darah ke otak) sejak berusia dua tahun.



Apabila kafe itu dibuka tahun lalu, seramai lima pelatih kurang upaya dari segi intelektual menjalani latihan di tempat kerja selama enam bulan di situ.



Cik Nur 'Ain ditawarkan pekerjaan sambilan tetap selepas tamat menjalani latihan itu kerana keupayaannya dalam menjalankan tugas secara berdikari.



Kini, kafe itu mempunyai tiga pekerja yang kurang upaya dari segi intelektual.



Akan terdapat juga seorang kakitangan lain yang sama-sama bekerja dan membantu pekerja kurang upaya dari segi intelektual itu di kafe tersebut.



Cik Faraliza berkata menerusi program itu, beliau berharap dapat memperluaskan Program Persediaan Pekerjaan Dewasa mereka kepada individu keperluan khas lain yang ingin mendapatkan latihan dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.



Beliau juga berharap kakitangannya yang mempunyai keperluan khas di Ashraf's Cafe boleh jadi berdikari menerusi pekerjaan mereka di kafe tersebut.



"Saya juga berharap mereka boleh menikmati hidup yang bermakna dengan menjadi anggota yang menyumbang kepada masyarakat," kata beliau.




"Saya juga berharap mereka boleh menikmati hidup yang bermakna dengan menjadi anggota yang menyumbang kepada masyarakat."
- Cik Faraliza Zainal, pengasas Ashraf's Cafe, mengenai kakitangannya yang berkeperluan khas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >