Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Didakwa gagal pakai pelitup: 'Rakyat berdaulat' layak buat rayuan mahkamah

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya seorang "rakyat berdaulat" yang menuntut dibicarakan atas dakwaan gagal memakai pelitup semasa di tempat awam ketika pandemik Covid-19, didapati layak untuk membuat rayuan dan mematuhi perbicaraan mahkamah.



Menyusuli penilaian psikiatri di Institut Kesihatan Mental (IMH), satu laporan dari kemudahan tersebut juga mendapati bahawa Abdul Rashid Abdul Rahman, 57 tahun layak membela dirinya di mahkamah.



Dia tampil di Mahkamah Daerah semalam dan kesnya ditangguhkan bagi satu persidangan sebelum perbicaraan pada 30 November ini.



Abdul Rashid didakwa bagi dua kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).



Dia dikatakan gagal memakai pelitup di kawasan East Coast Lagoon Food Village di East Coast pada 19 Mac tahun lalu.



Dia didakwa melakukan kesalahan serupa di dalam dan di luar bangunan Mahkamah Negara sekitar empat bulan kemudian.



Abdul Rashid kali pertama mendapat perhatian pada Ogos 2021 apabila dia tampil di Mahkamah Negara mendakwa sebagai seorang peguam yang mewakili warga Britain, Benjamin Glynn.



Glynn, 40 tahun, yang merupakan bekas konsultan pengambilan kerja, telah dipenjara enam minggu selepas didakwa atas dua tuduhan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara), serta satu dakwaan gangguan dan gangguan awam.



Dia yang juga mendakwa dirinya seorang rakyat berdaulat kemudian dihantar pulang dan dilarang masuk ke Singapura.



Semasa perbicaraan Glynn, Abdul Rashid mendakwa dirinya seorang duta bebas dan penyokong Kerajaan Filipina Hacienda.



Abdul Rashid juga mengakui dirinya tidak mempunyai lesen mengamalkan perundangan guaman, namun berkata dia dari Kerajaan Filipina Hacienda.



Kerajaan Filipina Hacienda, yang mendakwa sebagai monarki berdaulat autokratik di Filipina, bukan wilayah yang diiktiraf.



Ia mempunyai seorang wanita selaku ketuanya yang dianggap sebagai "Ratu Ibu Negeri".



Pada hari pertama perbicaraannya sendiri pada 13 Oktober lalu, Abdul Rashid memberitahu mahkamah bahawa orang yang dikenali dengan namanya telah meninggal dunia dan dia hanya mewakili bekas dirinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >