Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Didakwa langgar notis SHN untuk jumpa isteri

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



SEORANG penduduk tetap (PR) Singapura semalam telah didakwa kerana dua kali keluar hotel tempat dia menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) untuk berjumpa dengan isterinya dalam sebuah kereta.



Bai Fan, 38 tahun, tiba di Singapura dari China pada 19 September tahun lalu setelah melakukan transit di Hong Kong, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media.



Warga Amerika Syarikat itu diberikan notis SHN dari 19 September 2020 hingga 3 Oktober 2020, yang dijalaninya di Hotel Fairmont Singapore, menurut kertas tuduhan.



"Pada 19 September, isterinya mengambilnya dari hotel itu dan pasangan itu meluangkan masa selama sejam dan 40 minit bersama dalam kereta di kawasan itu," menurut ICA.



"Pada 29 September isterinya sekali lagi mengambilnya lalu mereka meluangkan masa selama lima jam dalam kereta, pertama di kawasan yang sama dan kemudian di sebuah tempat letak kereta berhampiran."



Isterinya juga merupakan seorang PR Singapura, namun tidak menjalani notis SHN, menurut ICA.



Bai dikenakan dua tuduhan bagi kesalahan di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit (Covid-19 - Perintah Jangan Keluar) 2020.



Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.



Warga asing mungkin berdepan hukuman lanjut termasuk tempoh permit dan pas untuk kekal atau bekerja di Singapura ditarik balik atau disingkatkan, menurut ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >