Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Didakwa langgar peraturan, ceroboh premis SHN

Jun 19, 2021 | 05:30 AM

SEORANG lelaki Singapura berusia 20 tahun didakwa di mahkamah semalam kerana bersubahat melanggar peraturan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) bersama seorang yang sedang menjalani notis itu dan menceroboh di premis kemudahan khusus SHN.

Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu, Sow Kaiser, bercadang mengaku salah bagi tuduhan tersebut.

Dia akan kembali ke mahkamah pada 29 Julai.

Pada 28 November, sekitar 3 petang, Sow mengunjungi seorang rakannya yang sedang menjalani SHN di hotel dan meluangkan masa di bilik hotel itu sekitar satu jam sebelum pulang.

Sow didakwa menaiki lif dan memasuki kawasan larangan hotel, kemudian menaiki lif perkhidmatan ke bilik rakannya itu.

Seorang pegawai keselamatan melihat Sow tetapi Sow dapat meninggalkan premis hotel tersebut sebelum sempat ditangkap.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata semalam sesiapa yang tidak mematuhi peraturan SHN boleh didakwa di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit (Perintah Jangan Keluar Rumah Covid-19) 2020.

Pesalah boleh dikenakan hukuman denda hingga $10,000 atau penjara hingga enam bulan atau kededuanya.

Selain itu, sesiapa yang didapati bersalah bagi kesalahan menceroboh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga bulan, denda hingga $1,500 atau kedua-duanya.

Orang awam boleh melaporkan mengenai pelanggaran syarat SHN kepada ICA di laman go.gov.sg/reportshnbreach atau hubungi 6812-5555.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat SHN dan swab bagi pelancong, orang ramai boleh melungsuri laman web SafeTravel.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3