Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Didenda $5,600 kerana sebabkan MRT dihenti

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang menekan butang penghenti kecemasan untuk menghentikan kereta api MRT di stesen Buona Vista sebelum menyerang seorang pegawai keselamatan semalam didenda $5,600.



Kelakuan Clement Joshua Tan Teck Kim menyebabkan kelengahan kepada penumpang kerana kereta api itu berhenti selama sekitar dua minit.



Warga Singapura itu, yang kini berusia 49 tahun, sebelum ini mengaku bersalah bagi satu tuduhan setiap satu menyebabkan gangguan awam, menyerang dan menggunakan kekerasan ke atas lelaki lain.



Telefon bimbit Tan tercicir di landasan ketika dia menaiki kereta api di stesen MRT Buona Vista sekitar 11 pagi pada 29 Februari tahun lalu.



Apabila dia meminta bantuan, seorang pengurus stesen SMRT berkata dia hanya boleh mendapatkan telefon itu pada hari berikutnya kerana perkhidmatan kereta api tidak boleh diganggu.



Tan berkeras meminta perkhidmatan dihentikan dan pengurus stesen memaklumkan polis.



Tan meninggalkan stesen itu apabila pegawai tiba, dan kembali sekitar 3.50 petang pada hari sama.



Dia memberitahu pekerja SMRT bahawa dia memerlukan telefonnya dengan segera kerana bayinya demam dan dia perlu bercakap dengan teman wanitanya mengenai perkara itu.



Mereka menjawab bahawa perkhidmatan kereta api tidak boleh diganggu dan keadaannya bukan kecemasan.



Tan kemudian berjalan ke arah platform stesen di mana terletaknya butang kecemasan itu dan menolak seorang penolong pengurus SMRT berusia 56 tahun yang cuba menghalangnya.



Tan kemudian menekan butang itu, menyebabkan kereta api yang menghampiri stesen berhenti.



Satu pertengkaran kemudian tercetus antara Tan dengan dua pekerja SMRT, termasuk penolong pengurus itu.



Seorang pegawai keselamatan berusia 62 tahun melihat kekecohan itu dan mendapati Tan berkelakuan agresif.



Tan sedang menuju keluar stesen itu apabila pegawai keselamatan itu cuba menghalangnya dengan menarik bajunya. Tan menumbuk muka lelaki itu dan meninggalkan tempat kejadian.



Dia ditahan sekitar empat jam kemudian.



Individu yang didapati bersalah menyebabkan gangguan awam boleh dipenjara sehingga tiga bulan dan denda hingga $2,000.



Bagi kesalahan menyerang, pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda hingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >