Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Didenda kerana bocorkan data peribadi 8,000 orang

Oct 26, 2016 | 08:44 AM



SEBUAH syarikat percetakan yang diupah oleh sebuah syarikat insurans menghantar penyata akaun salah kepada pemegang polisi, menyebabkan data peribadi lebih 8,000 orang bocor.

Itu pelanggaran data kedua Toh-Shi Printing Singapore dan ia didenda $25,000 bulan lalu oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Singapura (PDPC) kerana gagal melaksana pemeriksaan mencukupi dalam pemprosesan data peribadi.

Ia antara lapan pihak yang ditangani PDPC bagi pelanggaran data dalam tempoh enam bulan lalu, menurut laman web suruhanjaya itu. Dalam pengemaskinian maklumat sebelumnya April lalu, 11 pihak dikenakan tindakan.

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), pihak yang gagal melindungi data peribadi boleh didenda hingga $1 juta bagi setiap pelanggaran.

Pelanggaran oleh Toh-Shi melibatkan pemegang polisi Skim Insurans Kumpulan Pegawai Awam (Pogis), yang Aviva merupakan syarikat insurans yang dilantik.

Seramai 7,794 pemegang polisi Pogis menerima kenyataan salah yang mendedahkan data peribadi 8,022 individu, termasuk tanggungan pemegang polisi.

Toh-Shi, yang menyediakan perkhidmatan mel keluar bagi Aviva dan perkhidmatan percetakan data secara ad hoc, mengakui pelanggaran data itu berlaku kerana kakitangannya gagal mematuhi langkah keselamatan dan prosedur syarikat itu.

Ia kemudian menghantar 7,794 kenyataan yang betul bersama surat meminta maaf yang disediakan oleh Aviva serta baucar beli-belah $50, kepada pemegang polisi terjejas. Aviva juga mengetepikan premium insurans sebulan sebagai tanda muhibah.

Suruhanjaya itu berkata dalam alasan keputusannya bahawa data peribadi yang didedahkan "adalah daripada jenis sensitif, bukan semata-mata daripada perspektif kewangan bahkan boleh memalukan secara sosial".

Bagi pelanggaran pertama, kira-kira setahun lalu, Toh-Shi didenda $5,000.

Juga bulan lepas, GMM Technoworld, peruncit produk seperti alat kalis air dan sukat, didenda $3,000 bagi keselamatan yang tidak mencukupi di laman web rasminya, yang membawa kepada pendedahan tidak dibenarkan data peribadi kira-kira 190 pelanggan.

Dalam satu lagi kes, pada Ogos, Encik Justin Chua didenda $500 kerana mendedahkan data peribadi dua penyewa tuan tanahnya kepada pihak ketiga tanpa persetujuan.

Suruhanjaya itu juga menolak kes yang dibawa terhadap Comfort Transportation dan CityCab bulan lepas.

Dua aduan dibuat terhadap pengendali teksi itu kerana mendedahkan nombor telefon bimbit pemandu teksi kepada pelanggan yang menempah teksi, sebagai sebahagian daripada proses tempahan.

PDPC memutuskan dua syarikat itu tidak melanggar persetujuan atau kewajipan pemberitahuan kerana nombor telefon bimbit pemandu teksi digunakan sebagai nombor telefon perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >