Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karyawan penuh idea dan berani tampil menyumbang

Didicazli bersemangat bantu penduduk Jalan Besar

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



Meski sibuk dengan jadual dan komitmen keluarga, bilangan golongan profesional Melayu/Islam yang sedia membantu masyarakat semakin bertambah. Bantuan yang diberikan juga pelbagai dan tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan tetapi juga sokongan, menjalin rangkaian, kerohanian dan juga fesyen. BERITA HARIAN meninjau usaha yang dilakukan segelintir golongan ini dan apa yang mendorong mereka untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat.




SETIAP kali penyanyi Didicazli Ismail melakukan lawatan ke rumah, terutama ke rumah keluarga Melayu yang kurang berkemampuan, dapat dilihat senyuman terukir dengan ada yang seronok melihat kemunculan seorang selebriti di hadapan rumah mereka.



Secara tidak langsung, ia dapat memecahkan tembok ketidakselesaan yang mungkin dirasai keluarga apabila mendapat kunjungan sukarelawan.



Didicazli, yang terkenal melalui lagu seperti Rela Setia dan Dambaan Cinta, telah mula menjadi sukarelawan M3 @GRC Jalan Besar sejak tahun lalu.



Namun pada Julai lalu, beliau mula menyandang jawatan pengerusi M3 di sana, yang diterajui Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



Mengongsi penglibatannya dalam kerja-kerja sukarelawan, Didicazli, yang merupakan Pengurus Kanan di Tabung Amal Aidilfitri (TAA), berkata kepuasan yang diraihnya setiap kali selepas menolong seseorang mendorongnya terus berbakti.



"Keakraban yang dijalin, terutama selepas mereka mengetahui saya, membuat saya mahu terus menyumbang kepada masyarakat.



"Sekiranya terdapat perubahan daripada segi kehidupan mereka, saya gembira saya telah melakukan sedaya upaya untuk membantu mereka," ujarnya.



Setiap minggu, Didicazli dan pasukannya akan membuat kunjungan ke blok sewa di Blok 19 Upper Boon Keng Road untuk mengetahui keadaan keluarga Melayu/Islam di sana sekiranya mereka memerlukan sebarang bentuk bantuan.



Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada Projek Dian di M3 Jalan Besar, yang bertujuan membantu keluarga mendapatkan bantuan menyeluruh, dan pada akhirnya, memastikan mereka dapat menampung diri sendiri, mobiliti sosial serta memiliki rumah mereka sendiri.



Menurutnya, apa yang membuatnya tertarik dengan M3 ialah ekosistem yang ada di mana pelbagai pihak dan agensi yang mempunyai kepakaran masing-masing menawarkan khidmat mereka untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.



Misalnya, di bawah Projek Dian, selain penglibatan Yayasan Mendaki dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), ia juga telah menubuhkan pasukan bertindak berbilang agensi yang melibatkan agensi seperti pejabat khidmat sosial (SSO) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Ia turut disokong rapat oleh rakan kongsi agensi lain seperti Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



"Di M3 Jalan Besar, kami akan berusaha mengenal pasti cabaran yang dihadapi keluarga semasa lawatan ke rumah dan interaksi bersama mereka.



"Kami juga akan menasihati keluarga mengenai sokongan komprehensif yang ada daripada agensi khidmat sosial kerana ada di antara mereka yang tidak mengetahui tentang bantuan yang layak mereka terima," katanya.



Didicazli, 40 tahun, bapa seorang anak perempuan, juga bakal melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam bidang pentadbiran awam.



Menerusi kursus itu, beliau berharap dapat mempertingkat pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang kepimpinan, tadbir urus dan dasar-dasar pemerintah.



Ditanya apa yang akan membuatnya terus berbakti kepada masyarakat, dengan rendah hati, Didicazli, yang masih menjadi sukarelawan masjid sebagai muazzin di Masjid Alkaff Kampung Melayu dan Masjid Darul Ghufran, berkata:



"Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus berusaha untuk berbakti.



"Masa kita di dunia ini juga terhad. Dengan masa yang ada sekarang, kita perlu memanfaatkannya sebaik mungkin dan lebih baik jika ia dimanfaatkan dengan memanfaatkan kehidupan orang lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >