Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Didik anak berdwibahasa

Webinar anjuran Berita Harian dan Yayasan Mendaki bincangkan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak gunakan dua bahasa dengan fasih
Jan 27, 2021 | 05:30 AM



NIAT di hati hendak mengajar dan bertutur dengan anak dalam bahasa Melayu, tetapi diri sendiri terkial-kial.



Adakah kanak-kanak patut diajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara berasingan atau bolehkah pengajaran bahasa dilakukan serentak?



Jika anda merupakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, terutama jika mereka di prasekolah, ayuh sertai webinar percuma 'Mendidik Anak Berdwibahasa' yang bakal diadakan pada Ahad, 7 Februari 2021 untuk mendapatkan jawapan dan bimbingan mengenai hal tersebut.



Kita sedia maklum tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan masa yang amat penting bagi pembelajaran bahasa.



Pengalaman yang dilalui semasa tempoh tersebut akan membentuk akal dan kebolehan seseorang kanak-kanak itu untuk belajar dan berinteraksi dengan orang di sekeliling.



Oleh itu, webinar anjuran Berita Harian (BH) dan Yayasan Mendaki tersebut bertujuan membincangkan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak mereka menggunakan dua bahasa dengan fasih.



Panel pakar dalam webinar itu, Pensyarah di Institut Pendidikan Awal Kanak-kanak (NIEC), Dr Raudhah Yahya, dan Profesor Madya Roksana Bibi Abdullah dari Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), akan membincangkan kepentingan kemahiran dwibahasa dalam pembangunan holistik anak-anak.



Mereka juga bakal berkongsi strategi yang boleh membantu ibu bapa memainkan peranan di rumah untuk menggalakkan penggunaan dwibahasa.



Webinar tersebut, yang akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris, diadakan secara percuma melalui wadah Zoom.



Mereka yang berminat hanya perlu mendaftar dengan melungsuri bit.ly/BHDwibahasa atau mengimbas kod QR yang tertera (dalam gambar).



Bahagian kedua webinar anjuran BH dan Yayasan Mendaki ini, yang bakal diadakan pada Rabu, 24 Februari 2021, dikhususkan kepada para pendidik prasekolah pula.



Maklumat lanjut akan diumumkan kelak.



Kedua-dua webinar tersebut dianjurkan dengan kerjasama NIE, NIEC dan Perikatan Karyawan Prasekolah Mendaki (MAPP), dengan sokongan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >