Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENERIMA VAKSIN COVID-19 SINOVAC-CORONAVAC ATAU SINOPHARM

Digalak ambil dos ketiga sebelum 31 Dis jika sudah tiga bulan dapat dos kedua

MOH: Mereka yang tidak dapatkan dos ketiga dianggap tidak divaksinasi penuh
MOH
Dec 03, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 70,000 orang di Singapura yang menerima dua dos vaksin Sinovac-CoronaVac atau Sinopharm Covid-19 dan kini layak mendapatkan dos ketiga digalak berbuat demikian sebelum 31 Disember untuk mengekalkan status vaksinasi mereka.



Jika mereka tidak mengambil dos ketiga tiga bulan setelah dos kedua, mereka akan dianggap tidak divaksinasi penuh.



Sejak kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) secara progresif menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada individu ini yang layak mendapatkan dos ketiga tiga bulan setelah dos kedua mereka.



"Untuk mengekalkan status vaksinasi sepenuhnya mulai 1 Januari 2022 dan seterusnya, mereka amat digalak mengambil dos ketiga sebelum 31 Disember 2021, selagi dos kedua mereka telah diberi tiga bulan lalu.



"Selepas tempoh ini, status vaksinasi individu itu akan kembali kepada 'vaksinasi sedang dijalankan' dan akan tertakluk pada Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS), serta Langkah Vaksinasi Tenaga Kerja, yang kedua-duanya akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022," kata MOH dalam satu kenyataan semalam.



MOH berkata individu yang telah mengambil dua dos vaksin Sinovac-CoronaVac atau Sinopharm "amat digalak" mengambil vaksin mRNA - iaitu termasuk Pfizer atau Moderna - bagi dos ketiga kecuali mereka tidak layak dari segi perubatan.



Individu ini boleh pergi ke mana-mana pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin mRNA untuk mendapatkan dos ketiga itu.



Jika tidak, mereka harus mengambil dos ketiga vaksin Sinovac-CoronaVac atau Sinopharm, bergantung pada vaksin yang diambil bagi dua dos pertama.



Vaksin Sinovac-CoronaVac atau Sinopharm itu boleh diambil di klinik privet yang menawarkannya.



Orang yang mengalami reaksi alahan terhadap dos pertama vaksin mRNA dan menerima vaksin Sinovac-CoronaVac untuk dos kedua juga harus melengkapkan dos ketiga vaksin Sinovac-CoronaVac 28 hari selepas dos kedua, untuk mengekalkan status vaksinasi mereka.



Dalam kenyataannya lagi, MOH mengingatkan bahawa konsesi untuk individu yang tidak divaksinasi melakukan ujian praacara (PET) sebagai ganti vaksinasi sepenuhnya akan ditiadakan mulai 1 Januari depan.



Oleh itu, hanya individu yang divaksin sepenuhnya, yang sudah pulih daripada jangkitan itu, atau tidak layak dari segi perubatan, atau kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah (iaitu mereka yang lahir pada tahun 2010 atau selepas), akan dibenarkan memasuki tempat dan menyertai aktiviti di mana VDS dilaksanakan.



Tempoh tangguh akan dilanjutkan kepada kanak-kanak lahir pada Disember 2009 untuk memberi mereka cukup masa untuk mendapatkan vaksin sepenuhnya.



Kanak-kanak yang dilahirkan pada 2009 yang akan mencapai usia 13 tahun pada 2022 perlu diberi vaksin sepenuhnya untuk memasuki tempat dan menyertai aktiviti di mana VDS dilaksana mulai 1 Mac, dan bukannya pada 1 Januari ini.



Dengan Langkah Vaksinasi Tenaga Kerja dilaksana bermula 1 Januari, MOH juga akan meniadakan rejim 'Vaksin atau Ambil Ujian Secara Kerap' secara berperingkat bagi semua sektor yang melaksana rejim itu mulai 1 Januari juga.



Di bawah rejim itu sebelum ini, pekerja yang tidak divaksinasi perlu mengambil ujian secara kerap. Namun mulai 1 Januari, hanya pekerja sudah divaksinasi atau baru pulih daripada jangkitan akan dibenarkan pergi ke tempat kerja, di bawah Langkah Vaksinasi Tenaga Kerja itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >