Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Digalak ambil vaksin agar mudah solat jemaah di masjid

Muis: Pembukaan penuh masjid turut bergantung pada kadar vaksinasi masyarakat
Jun 24, 2021 | 05:30 AM



JEMAAH yang belum menerima vaksin Covid-19 digalak agar mengambil suntikan itu sepenuhnya agar memudahkan mereka ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.



Ini dinyatakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam (Muis), Encik Kadir Maideen Mohamed, semasa lawatannya ke Masjid Ar-Raudah di Bukit Batok semalam.



Masjid itu antara empat masjid yang dipilih bagi satu usaha perintis membuka dua zon solat Jumaat hingga 100 jemaah bermula esok dan pada minggu depan.



Namun masjid-masjid itu akan hanya membenarkan masuk kepada jemaah yang sudah menerima vaksin sepenuhnya atau mempunyai keputusan negatif ujian praacara Covid-19 (PET) yang dijalankan paling awal dalam masa 24 jam sebelum kunjungan mereka ke masjid itu.



Jemaah yang tidak dapat menunjukkan bukti berkenaan menerusi dokumen dari klinik atau aplikasi TraceTogether akan tidak dibenarkan masuk oleh kakitangan dan relawan masjid.



"Matlamat kami ialah membuka lebih banyak ruang kepada jemaah secara bertahap, iaitu dengan membuka zon ketiga dan keempat (di empat masjid itu) dan mungkin kepada lebih masjid," kata Encik Kadir.



"Dengan ini kami ingin menggalak jemaah yang belum divaksinasi sepenuhnya supaya tampil mendapatkan vaksinaksi mereka.



"Ini kerana dengan vaksinasi, mereka akan lebih selamat dan akan senang ke masjid untuk beribadah kerana tiada apa-apa yang akan menghambat perjalanan mereka ke masjid," ujarnya.



Tiga lagi masjid yang terlibat dalam usaha perintis prosedur baru itu ialah Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris, Masjid Assyafaah di Admiralty dan Masjid Mujahidin di Queenstown.



Encik Kadir berkata kakitangan dan relawan masjid tersebut sudah membuat persiapan mencukupi kerana sebelum in sudah pernah membuka lima zon solat bagi menampung hingga 250 orang.



Ini termasuk persiapan untuk menerangkan kepada jemaah yang datang ke masjid itu tanpa bukti pemvaksinan atau keputusan ujian PET yang sah.



Encik Kadir berkata berdasarkan maklum balas daripada jemaah yang akan datang ke empat masjid itu, pihaknya berharap untuk membuka masjid-masjid itu sepenuhnya menjelang Hari Raya Aidil Adha ini.



"Tapi kami harus meniliti dengan baik perkembangan (di bawah prosedur baru ini), tambahnya.



Di bawah langkah Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) tempat beribadah seperti masjid hanya boleh menawarkan satu zon yang boleh menampung hingga 50 jemaah tanpa jemaah menjalani PET atau hingga 250 ruang dengan jemaah diperlukan menjalani PET.



Jemaah yang belum divaksinasi sepenuhnya dan ingin mendirikan solat Jumaat boleh mendapatkan ujian pantas antigen (ART) atau Ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) di klinik.



Menurut satu makluman Muis kelmarin, keputusan ujian itu hanya sah selama 24 jam dari masa jemaah mendaftar untuk ujian mereka.



Muis dalam satu kenyataan di Facebook berkata:



"Sama ada (pembukaan sepenuhnya masjid) akan dibuka kepada lebih banyak masjid akan bergantung pada kadar pemvaksinan masyarakat tempatan, berapa awal kita dapat menyesuaikan diri dengan PET jika perlu, dan juga berdasarkan garis panduan nasional yang sejajar dengan kadar penularan (jangkitan Covid-19) dalam masyarakat)."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >