Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihenti kerja? Dapatkan sokongan, teroka peluang baru

Nov 04, 2020 | 08:39 PM



KRISIS ekonomi disebabkan Covid-19 menjejas teruk sektor-sektor tertentu dan akibatnya ramai yang terpaksa diberhentikan kerja.



    Meskipun demikian, krisis tersebut juga telah mempercepatkan perkembangan industri-industri tertentu serta membuka peluang baru dalam sektor seperti e-dagang, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT), khidmat kesihatan, sosial, dan kewangan.



    Ramai yang mungkin kurang senang menceburi bidang baru ini. Namun ciri penting yang perlu dimiliki pekerja antaranya adalah sikap terbuka untuk meneroka sesuatu di luar zon selesa.



    Pekerja juga perlu rela menjalani latihan supaya mereka dapat meraih kemahiran yang diperlukan untuk menggarap peluang dan peranan baru yang ditawarkan.



    Demikian antara mesej Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari, dalam siri podcast ‘#NoTapis: Cari Kerja Masa Pandemik’ yang dihasilkan Berita Harian (BH) dengan sokongan Tenaga Kerja Singapura (WSG).



    Episod kedua siri yang dihoskan koresponden BH, Cik Shahida Sarhid dan bekas deejay radio Encik Hans Asharie itu bertemakan ‘Apa yang saya akan lakukan jika saya dibuang kerja?’.





    Turut menyertai perbincangan ialah Jurulatih Kerjaya WSG, Cik Rasidah Rasid, dan Cik Azmeera Banu, 25 tahun, yang terpaksa mencari peluang pekerjaan lain apabila syarikat di mana beliau bekerja terpaksa tutup.



    Menyentuh tentang pemberhentian pekerja oleh syarikat-syarikat yang terjejas, Encik Zainal menekankan walaupun ada syarikat yang teruk terjejas dan tidak mempunyai jalan lain melainkan memberhentikan pekerja, ini harus menjadi pilihan terakhir selepas mencuba usaha lain dalam mengurangkan kos syarikat.



    “Sebelum syarikat mengambil sebarang tindakan untuk memberhentikan pekerja, mereka boleh jumpa kesatuan untuk bincang langkah yang boleh diambil untuk kurangkan kos operasi.



    “Biasanya kesatuan akan sarankan langkah yang boleh dilakukan supaya majikan dapat kekalkan pekerja mereka, pemberhentian kerja seharusnya menjadi pilihan terakhir,” katanya.



    Ini termasuk menggalakkan pekerja menghabiskan cuti tahunan mereka atau menjalani latihan supaya syarikat dapat menerima gaji tidak hadir (absentee payroll) yang dibantu pemerintah.



    Selain itu, majikan juga boleh mengurangkan hari bekerja, contohnya memperkenalkan satu hari setiap minggu di mana pekerja tidak perlu bekerja dan tidak akan menerima gaji.



    Namun, pekerja yang terpaksa menghadapi pemberhentian kerja harus bertenang dan bersikap profesional, tambah Encik Zainal.



    Tentunya emosi pekerja terganggu tambah lagi dengan fikiran yang runsing memikirkan mata pencarian yang hilang, namuan usah salahkan diri sendiri, kata Cik Rasidah.



    “Memang pelbagai emosi negatif yang dialami selepas dibuang kerja, ada yang tanya mengapa saya?



    “(Pekerja harus ingat) pemberhentian berlaku bukan kerana pekerja itu sendiri, tetapi masalah yang dialami syarikat.



    “Untuk itu, pekerja harus bangkit dan memberitahu diri sendiri ‘semuanya okey, saya akan mencari pekerjaan baru’,” katanya.



    Cik Azmeera yang berjaya mendapatkan pekerjaan di HDB sejak April lalu dengan bantuan Cik Rasidah, menasihati mereka yang kini sedang mencari kerja untuk pastikan mereka boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan dan terus bersikap terbuka menantikan peluang yang akan tiba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >