Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihukum jel, rotan kerana cuba rogol anak saudara tiri

Jul 26, 2016 | 09:01 AM



SEORANG lelaki berusia 22 tahun, yang akalnya terencat sedikit, dihukum penjara enam tahun dan sebat tiga kali pada Isnin (25 Jul) kerana cuba merogol anak saudara tirinya yang berumur empat tahun.



Lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan di bawah perintah mahkamah, berusia 18 tahun pada masa kesalahan tersebut.



Dia tinggal bersama bapa tirinya di flat dua bilik HDB selepas ibunya berkahwin semula pada Julai 2011. Selepas ibunya meninggal dunia, dia terus tinggal di situ.



Pada Januari 2012, anak perempuan dan cucu, iaitu mangsa, bapa tirinya berpindah ke flat itu juga.



Pada Februari 2012, budak itu, yang mahu bermain dengannya, duduk di atas tertuduh ketika mereka di atas tilam.



Lelaki itu menjadi terangsang dan cuba melakukan hubungan seks dengan mangsa, tetapi tidak berjaya.



Budak itu kemudian berlari ke dapur, menangis dan memberitahu ibunya dalam bahasa Melayu bahawa bapa saudaranya cuba "kacau" dia.



Apabila mangsa mengadu sakit berterusan di kawasan kemaluannya, ibunya meminta bantuan perubatan dan kes itu dilaporkan kepada polis.



Lelaki itu dinilai mempunyai tahap kecerdasan (IQ) 61, tetapi sedar perbuatannya salah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >