Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihukum penjara dua minggu dek tempat duduk MRT

Jul 17, 2014 | 03:04 PM



SEORANG pesara yang menyerang penumpang kereta api selepas satu pertelingkahan mengenai tempat duduk dihukum penjara dua minggu hari ini.


Wong Shih Cher, 64 tahun, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan dengan menumbuk peniaga Encik Ng Keh Hee, 35 tahun, berkali-kali di stesen MRT Novena 9 Julai tahun lalu.


Mahkamah diberitahu kededua lelaki itu berada dalam kereta api laluan Utara-Selatan menuju ke arah Woodlands apabila pertelingkahan berlaku selepas Encik Ng enggan memberikan tempat duduknya untuk seorang wanita warga emas yang sedang berdiri.


Bila kereta api tiba di stesen Novena, Wong menggesel Encik Ng semasa dia hendak turun daripada kereta api.


Encik Ng tidak puas hati bila Wong tidak meminta maaf lalu menjerit ke arah Wong sebelum kededuanya turun untuk 'berbincang' dengan lebih lanjut.


Encik Ng kemudian mencucuk jarinya di bahagian dada Wong sebelum pergaduhan bermula, dengan Wong memukul Encik Ng yang menolaknya ke lantai.


Wong terus bangun dan menumbuk Encik Ng dua kali di bahagian muka. Dia juga cuba untuk melutut mangsanya.


Wong hanya berhenti selepas orang ramai yang berada di tempat kejadian memberitahunya bahawa Encik Ng mengalami kecederaan dan berdarah.


Kejadian itu dirakam kamera litar tutup (CCTV) dengan rakaman telah dimainkan di mahkamah.


Hakim Daerah, Adam Nakhoda, berkata beliau tidak yakin tahap provokasi yang diterima Wong cukup serius untuk mewajarkan tindak balas ke atas mangsa.


Wong boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga $5,000 atau kededuanya sekali kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >