Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihukum penjara, rotan kerana bawa masuk dadah melalui pos

May 10, 2016 | 07:50 AM



SEBUAH bungkusan yang dipos dari Malaysia terkandung satu kotak logam yang menyerupai sebuah buku.



Rupanya itu menarik perhatian pegawai imigresen di kawasan pemeriksaan Pusat Pos Singapura pada Disember 2014.



Mereka mendapati 'buku' itu mengandungi paket-paket berisi bahan serbuk dan tablet, yang kemudian disahkan dadah Ecstasy, atau Ice, dan ketamin.



Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) kemudian pergi ke alamat pada bungkusan itu dan menahan Muhammad Emmil Syafiq Norman, 26 tahun, di rumahnya di Marsiling pada hari sama.



Dia mengakui membeli 'buku' itu melalui portal beli-belah dalam talian Qoo10 untuk menyembunyikan barang-barang haram dan kemudian dipos kepadanya.



Pada Isnin (9 Mei), Emmil Syafiq dihukum penjara enam tahun empat bulan dan rotan 12 kali.



Dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mengimport dadah terkawal dan satu tuduhan mempunyai peralatan mengambil dadah. Enam tuduhan lain mengimport dadah terkawal diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa Emmil Syafiq pertama kali bertemu seorang pengedar dadah yang dikenali sebagai 'Ah Beng' di sebuah kelab di Malaysia pada Jun 2014.



Sekitar November tahun itu, Emmil Syafiq memberi 'Ah Beng' bungkusan mengandungi kotak logam tersebut dan wang tunai $800.



Ah Beng akan mengepos dadah itu dalam bungkusan tersebut kepadanya.



Bungkusan itu tiba di Singapura pada 4 Dis 2014. Terdapat 299 pil Ecstasy, iaitu kira-kira 34g, dan dua paket ketamin, iatu kira-kira 66g.



Emmil Syafiq juga mengaku pernah mengimport enam jenis dadah berbeza melalui cara sama sebelum itu, antara 10 November dan 20 November 2014.



Satu alat plastik bagi mengambil dadah juga ditemui dalam biliknya. Ia didapati positif kesan ketamin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >