Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dihukum penjara, rotan kerana tolong tailong bakar pintu flat mangsa

Jan 27, 2016 | 09:30 AM



Seseorang penghutang menjadi 'tukang ganggu', bekerja dengan tailong mengunci flat menggunakan kunci basikal dan membakar pintunya


Bagi setiap flat yang "diganggu", pemiutang tidak berlesen itu berjanji akan membayar Muhammad Jasni Mohd Mdet $300, yang akan digunakan untuk membayar semula hutangnya.


Pekerja pengiriman berusia 26 tahun itu menerima tawaran tersebut - dan mengganggu 11 flat pangsa di beberapa tempat selama tiga hari pada Oktober lalu.


Dia memakai topeng muka untuk mengelak dikesan, malah terpaksa merangkak di sepanjang koridor tingkat dua sebuah blok di Toa Payoh Lorong 1 bagi mengelakkan kamera CCTV.


Namun, Jasni ditangkap pada 3 pagi pada 15 Oktober selepas siasatan susulan menyeluruh. Tidak diketahui bagaimana dia ditangkap.


Pada Selasa (26 Jan), Jasni dijatuhi hukuman penjara tiga setangah tahun dan rotan 12 kali selepas dia mengaku salah bagi empat tuduhan gangguan bagi pihak tailong yang dikenali sebagai 'Patrick'.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Wee Hao berkata Jasni terlibat dalam perjudian dan berkunjung ke kelab sejak berusia 21 tahun. Dia meminjam lebih $9,000 daripada pemiutang berlesen untuk membiayai gaya hidupnya.


Jasni juga membeli beberapa barangan elektronik secara ansuran dan mempunyai denda lebih $3,000 bagi kesalahan letak kereta.


Disebabkan itu, dia meminjam $300 daripada 'Patrick' dan satu seorang lagi tailong, yang dikenali sebagai 'Jack', setiap seorang.


Pada awal Oktober lalu, selepas mengambil pinjaman, dia dapat membuat hanya pembayaran pertama dan kemudian memungkiri pinjamannya.


'Patrick' menawarkan untuk menolak hutang itu sebagai ganti bagi kad ATM-nya tetapi Jasni tidak boleh membuka akaun bank kerana dia berhutang pada bank.


Oleh itu, 'Patrick' menawarkannya pekerjaan sebagai 'pengganggu', yang melibatkan pergi ke rumah yang disasar, kunci pintunya dengan kunci basikal dan bakar pintu itu.


Dia melakukan perbuatan itu di flat di Sims Drive, Jalan Bukit Merah, Holland Drive dan Toa Payoh.


Selepas melakukannya, dia mengambil gambar kebakaran itu dan menghantarnya kepada 'Patrick'.


Mahkamah diberitahu bahawa beberapa penghuni tidak bersalah kerana mereka tidak mengambil sembarang pinjaman daripada pemiutang tidak berlesen




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >