OPERASI memadamkan api yang berlangsung 17 jam di Bangunan CK bulan lalu merupakan kejadian kebakaran yang paling besar dialaminya selama 14 tahun berkhidmat sebagai seorang anggota bomba.
Pegawai Waran (WO1) bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Encik Mohamad Mahathir Ghazali, 34 tahun, merupakan antara anggota bomba pertama bersama pasukannya yang tiba di tempat kejadian pada petang itu.