Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Diiktiraf kerana selamatkan lelaki alami serangan jantung

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Diiktiraf kerana selamatkan lelaki alami serangan jantung

Jul 18, 2021 | 05:30 AM

BERBEKAL pengetahuan bantuan kecemasan, tiga penyelamat dari SportSG bergegas membantu seorang lelaki yang mengalami serangan jantung ketika berlari-lari anak di Stadium Choa Chu Kang pada 30 Mei lalu.

Oleh kerana tindakan mereka yang pantas dan tepat, Encik Mohammad Azhar Abdullah Sani 36 tahun dan Encik Del Moro Dennis Ranido, 33 tahun, telah diberi Anugerah Penyelamat Masyarakat dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) baru-baru ini.

Dalam kejadian pada 7.45 pagi itu, Encik Mohamad Noriman dan Encik Mohammad Azhar sedang melakukan rondaan apabila terdengar jeritan duta jarak selamat (SDA) meminta tolong .

"Pada mulanya saya fikir ada orang terjatuh, namun kami melihat ada orang sedang membuat penekanan dada ke atas seorang lelaki," jelas Encik Mohamad Azhar.

Tanpa berlengah, Encik Mohamad Azhar menuju ke tempat kejadian itu manakala Encik Mohamad Noriman bergegas mendapatkan pek keselamatan.

Pada masa yang sama, mereka memberitahu seorang lagi rakan kerja, Encik Del Moro Dennis untuk membantu.

Menurut Encik Mohamad Azhar, setibanya Encik Mohamad Noriman dan Encik Dennis di tempat kejadian, mereka bertiga tahu apa yang perlu dilakukan kerana telah dilatih.

"Noriman ambil alih pemampatan dada dari Encik Loy Kwong yang sedang berlari di belakang mangsa sebelum beliau rebah," katanya.

Encik Loy telah turut diberi Anugerah Penyelamat Masyarakat di majlis yang sama.

Encik Mohamad Azhar menambah:

"Saya menyediakan defibrilator luaran automatik (AED). Dennis pula, penyelamat ketiga kami, menyediakan VBM (alat penafasan serupa kantung yang digunakan semasa resusitasi jantung). Sebagai penyelamat, kami telah dilatih dengan terperinci cara menangani situasi sebegini. Apabila kami melihat kejadian ini, kami bertiga tahu apa yang perlu dilakukan, tidak perlu memberi arahan selanjutnya."

Menurut penyelamat kanan itu, pasukannya perlu melalui latihan setiap minggu.

Mangsa serangan jantung itu, Encik Vincent Lim, telah dikejarkan ke hospital dan kini dalam keadaan baik.

Encik Lim berkata: "Saya dan isteri ingin mengucapkan terima kasih kepada empat lelaki yang telah membantu saya. Dengan pertolongan mereka saya masih hidup hari ini. Saya berharap lebih banyak orang dapat mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa dan tampil untuk memberi bantuan semasa kecemasan."

Sementara itu, Pengarah Jabatan Sukarelawan dan Kerjasama Masyarakat di SCDF, Penolong Pesuruhjaya (AC) Yazid Abdullah, berkata:

"Saya ingin mendorong semua orang untuk belajar kemahiran menyelamatkan nyawa dan memuat turun aplikasi myResponder dan mendaftar sebagai responden pertama masyarakat.

"Apabila kes serangan jantung dilaporkan, anda dapat membantu dengan bertindak cepat untuk melakukan Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) dan menjalankan AED. Respons pantas seperti itu dapat membuat perbezaan yang ketara pada kehidupan orang lain."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3