Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 10 bulan kerana seks dengan budak bawah umur dalam tandas OKU

Nov 19, 2015 | 02:54 PM



SEORANG lelaki berusia 23 tahun melakukan hubungan seks dengan seorang budak perempuan bawah umur yang baru sahaja ditemuinya.


Pada Khamis (19 Nov), Mohammad Khairulsabirrin Haris, yang mengaku bersalah bagi satu daripada dua pertuduhan, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan bagi kesalahan yang dilakukan pada 31 Oktober tahun lalu itu.


Penolong Pendakwa Raya Daniel Marini memberitahu mahkamah budak berusia 14 tahun itu pergi ke Pantai Changi kira-kira 7 pagi hari itu.


Khairulsabirin, yang berada di sebuah pondok bersama bapanya, menjemput budak itu menyertai mereka.


Semasa berbual, dia mendapat tahu pelajar menengah tiga.


Khairulsabirrin kemudian menawar untuk menghantarnya balik, tetapi apabila tiba di tandas bagi orang kurang upaya (OKU), dia mencadangkan mereka masuk ke dalam dan budak itu bersetuju.


Khairulsabirrin, yang mempunyai rekod jenayah, kemudian melakukan kesalahan tersebut.


Hukumannya dikebelakangkan ke tarikh dia ditahan pada 21 Oktober lalu.


Dia dihukum penjara enam bulan pada Januari tahun lalu kerana menentang penangkapan dan empat minggu kerana menyamar sebagai pegawai awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >