Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Dijel 14 minggu kerana tipu jual tapi tak hantar pelitup

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA berdepan dengan keadaan teruk sewaktu hari-hari awal Covid-19 dua tahun lalu, dan pelitup muka sukar didapati. Namun, Mohammad Zulhilmi Arif mengambil kesempatan daripada keadaan itu.



Lelaki berusia 23 tahun itu mendakwa dia mempunyai pelitup muka untuk dijual dan mengambil bayaran daripada mereka yang terdesak hendak membelinya. Tetapi dia langsung tidak menghantar pelitup itu, dan menipu beberapa mangsa menyebabkan mereka kehilangan sejumlah $2,302.50.



Semalam, warga Singapura itu dihukum penjara 14 minggu setelah mengaku bersalah bagi tiga tuduhan menipu melibatkan tiga mangsa kehilangan sejumlah $1,515.



Dia juga mengaku bersalah bagi satu tuduhan membawa keluar dari Singapura wang sebanyak $1,700 daripada hasil penipuan itu.



Empat lagi tuduhan menipu yang ada kaitan dengan baki jumlah itu diambil kira sewaktu hukuman dijatuhkan.



Mangsa kehilangan wang antara $22.50 dengan $750 setiap seorang.



Zulhilmi mengendalikan akaun di pasaran dalam talian Carousell, di bawah nama 'Xaviertan556', ketika kesalahan itu dilakukannya, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Benjamin Samynathan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >