Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 22 bulan 5 minggu dan denda $40,000 bagi pelbagai kesalahan

Nov 04, 2016 | 08:20 AM



SEORANG lelaki berusia 33 tahun yang menyerang seorang pemandu bas dipenjara 22 bulan dan lima minggu pada Khamis (3 Nov) bagi kesalahan itu dan beberapa kesalahan lain.



Mahkamah diberitahu bahawa sebelum 9 malam pada 9 Dis tahun lepas, Mohamed Faridz Abdul Azeez, yang pekerjaannya tidak diketahui, menaiki bas perkhidmatan 2 SBS Transit dekat Blok 220 di Victoria Street.



Dia bersama temanitanya, Cik Nur Asyiqin, 28, dan dua anak beliau. Cik Nur Asyiqin menolak kereta sorong bayi dengan anak perempuannya di dalam, manakala Faridz mendukung anak bongsu beliau.



Sebelum Faridz menaiki bas itu sepenuhnya, pemandu Zhang Lei, 35 tahun, menutup pintu, menyebabkan ia terkena lengan kiri Faridz dan kepala anak kecil itu.



Dek marah, Faridz menumbuk mulut Encik Zhang.



Pasangan itu kemudian cuba turun dari bas tersebut, tetapi Encik Zhang menghalang mereka dengan memegang kereta sorong itu. Faridz kemudian menumbuk Encik Zhang tiga kali, menyebabkan bibir beliau lebam dan gigi depannya menjadi longgar.



Itu bukan kali pertama Faridz melakukan kesalahan. Pada 6 Feb lalu, dia mendedahkan dirinya pada seorang wanita berusia 50 tahun di kolong Block 109, Simei Street 1. Dia melarikan diri apabila wanita itu cuba mengambil gambarnya.



Pada 6 April, pegawai kastam menangkap Faridz dengan satu kotak rokok tidak dibayar cukai di lobi lif Blok 135, Bedok North Street 2. Jumlah cukai itu ialah $1,307.56.



Pada 29 Ogos, Faridz meragut beg mengandungi $10,000 dari seorang lelaki berusia 62 tahun di pelantar lif lif di Blok 2, Hougang Avenue 3.



Dia mengekori mangsa dari sebuah kedai kopi di Geylang setelah ternampak beliau memegang timbunan wang tunai.



Dua hari kemudian, Faridz meminjam sebuah kereta walaupun dia diharam memandu bagi satu kesalahan lebih awal.



Pegawai polis preman ternampak Faridz dan menahannya.



Faridz mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan: menyebabkan kecederaan, melakukan perbuatan lucah, meragut, memandu ketika diharam, dan memiliki barang yang tidak dibayar cukai.



Dia juga didenda $40,000 dan diharam memandu empat tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >