Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 4 minggu dek cuba sogok polis trafik

Feb 22, 2020 | 05:30 AM



SEORANG pemandu lori yang didapati bersalah cuba memberi rasuah bagi mengelak dikenakan saman trafik dihukum penjara empat minggu semalam.



Teo Teck Yong, seorang warga Singapura berusia 62 tahun, diarah berhenti oleh seorang pegawai Polis Trafik, Sarjan Shivasuria Maniam Kesaval.



Ini kerana dia tidak memakai tali pinggang keledar semasa berada di jalan raya pada 18 Ogos tahun lalu, lapor The Straits Times.



Dia "secara berulang menawarkan" $100 kepada Sarjan Shivasuria untuk memujuknya agar tidak mengeluarkan saman trafik, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan semalam.



Pegawai itu menolak rasuah tersebut dan melaporkan perkara itu kepada CPIB, yang memulakan siasatan.



Teo didakwa di mahkamah pada 27 November tahun lalu di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



CPIB memberi amaran kepada pemandu bahawa percubaan memberi rasuah untuk mengelak didenda akan membawa padah serius.



Ia juga memuji Sarjan Shivasuria bagi kewibawaannya.



Mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dihukum penjara hingga lima tahun, denda hingga $100,000, atau kedua-dua hukuman.



Orang awam boleh membuat laporan dan aduan berhubung rasuah, termasuk tanpa mendedahkan nama, kepada CPIB di talian 1800-376-0000 atau dengan menghantarkan emel kepada report@cpib.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >