Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 5 minggu, denda $1,000 gara-gara mabuk

Nov 07, 2017 | 07:00 PM



SEORANG pemandu teksi sedang membantu wanita yang cuba memasukkan adik lelakinya yang mabuk ke dalam teksi apabila lelaki itu menjadi marah dan menyerang pemandu tersebut.



Di mahkamah semalam, Taroon Dass Joginder Dass, 30 tahun, seorang pemandu Uber, dihukum penjara lima minggu setelah dia mengaku mencekik Encik Kew Sieh Min dan menumbuk pemandu teksi berusia 57 tahun itu di mukanya.



Kejadian dalam teksi itu berlaku di River Valley Road sekitar 3.30 pagi pada 6 Mac.



Dass juga dikenakan denda $1,000 atas tingkah lakunya terhadap dua kakitangan hotel semasa dia dalam keadaan mabuk pada 30 Julai.



Dia menjerit menggunakan kata-kata kesat pada kakitangan hotel SO Sofitel Singapore di Robinson Road dan enggan meninggalkan premis tersebut meskipun se

telah disuruh berbuat demikian.



Dia melakukan kesalahan itu semasa diikat jamin atas kesalahan menyebabkan kecederaan pada pemandu teksi tersebut.



Dass juga mengaku menolak pengurus restoran Pragash Kanna Muthusamy, 36 tahun, di dadanya, merampas cermin matanya dan melontarnya ke lantai pada 12.18 tengah hari pada 30 Julai.



Hakim Daerah Samuel Chua menjatuhkan hukuman penjara satu minggu bagi kesalahan itu; ia akan dijalankan secara serentak dengan hukuman lagi satu.



Beliau juga mengarah Dass membayar $200 kepada Encik Kew, yang mengalami kecederaan pada telinga kanannya dan memerlukan jahitan serta luka pada batang hidungnya, sebagai perblanjaan perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >