Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel 9 minggu kerana salah guna kad ATM milik orang lain dan keluarkan $4,000

ATM
Nov 19, 2020 | 05:30 AM



SEORANG pekerja stor yang menemui kad bank milik orang lain menggunakannya untuk mengeluarkan $4,000 dari mesin wang automatik (ATM) setelah meneka nombor pengenalan diri (PIN) pemilik kad itu dengan tepat pada percubaan ketiganya.



Yap Yi San, 39 tahun, dijatuhkan hukuman penjara sembilan minggu semalam di mahkamah setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan mencuri.



Rakyat Singapura itu juga mengaku satu tuduhan menyalahguna kad yang bukan miliknya.



Hakim Daerah Marvin Bay berkata bahawa PIN kad itu "adalah enam angka lapan, justeru mudah diteka".



Beliau menambah: "Memandangkan kad ATM digunakan secara universal, adalah penting memastikan hukuman diberikan sebagai peringatan untuk mencegah orang lain yang mungkin tergoda untuk mencuba nasib apabila mereka terjumpa kad ATM milik orang lain."



Mangsa yang berusia 46 tahun itu telah membuat pindahan wang melalui mesin ATM di Lorong 8 Toa Payoh pada sekitar 8 malam pada 2 April dan lupa mengambil kembali kadnya setelah melakukan transaksi.



Yap kemudian melihat kad yang terkeluar dari mesin dan mengambilnya.



Dia pergi ke ATM lain di Lorong 6 Toa Payoh dan cuba meneka PIN.



Dia berjaya memasukkan angka yang betul pada percubaan ketiganya dan mengeluarkan $2,000.



Yap pergi ke ATM ketiga di sekitar kawasan itu tidak lama kemudian dan menggunakan kad itu untuk mengeluarkan $2,000 lagi.



Mangsa memeriksa transaksi perbankannya pada sekitar 12.10 pagi pada 3 April dan menghubungi polis apabila dia mendapati ada pengeluaran wang yang tidak dibenarkan.



Mahkamah semalam mendengar bahawa Yap telah mengembalikan sepenuhnya wang yang dia ambil.



Bagi setiap tuduhan mencuri pesalah boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda.



Atas kesalahan menyalahgunakan kad ATM orang lain, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >