Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel dan dirotan kerana serangan maut depan kelab malam Lagenda pada 2002

Sep 15, 2015 | 08:35 AM



Tujuh lelaki bersenjata pisau dan batang kayu menyerang dan membunuh seorang lelaki di luar sebuah kelab malam di Joo Chiat pada 2002.


Semalam (14 Sep), 13 tahun selepas serangan itu, orang yang memulakannya, Mohamed Azhar Ayoob, 37 tahun, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan sebat lapan kali kerana menyerang pengawal serangga perosak, Allahyarham Zulkefelee Mohamed Nor, 33 tahun.


Azhar, yang menyimpan dendam terhadap Allahyarham, memanggil orang lain dan memberi mereka senjata itu.


Selepas serangan tersebut, dia melarikan diri ke Malaysia, berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan di sana, sehingga dia dihukum penjara kerana kesalahan dadah pada 2011.


Dia diekstradisi ke Singapura tahun lalu.


Hukuman ke atas Azhar yang paling berat di antara tujuh pelaku serangan tersebut. Lima daripada mereka dijatuhi hukuman penjara antara tujuh setengah dan lapan tahun serta sebat lapan kali pada 2003.


Lelaki keenam, Junaidi Ahmad, yang juga melarikan diri selepas serangan itu, dijatuhi hukuman penjara tujuh setengah tahun dan sebat tujuh kali pada 2012.


Mahkamah Tinggi diberitahu semalam bahawa Allahyarham dan rakan-rakannya diserang sekitar dua pagi di depan kelab malam Lagenda pada 4 Feb 2002.


Kawan-kawan Allahyarham dapat memasuki semula kelab malam itu dan menuntup pintu, tetapi beliau dikelar dan ditikam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >