DARI MAHKAMAH

Dijel empat minggu kerana tumbuk pemandu teksi

SEORANG pengurus restoran menumbuk seorang pemandu teksi di pipi dan belakang kepalanya sebanyak lapan kali dalam satu pertelingkahan mengenai cara pembayaran tambang teksi, demikian mahkamah diberitahu semalam.

Yam Hai Nong, 54 tahun, dikenakan hukuman penjara empat minggu semalam setelah mengaku bersalah menyebabkan kesakitan pada bahagian badan Encik Muhammad Hairi Rahiman, 54 tahun, di tempat letak kereta di Blok 483 Admiralty Link pada awal pagi 9 Oktober tahun lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan