Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel enam bulan kerana tipu pasar raya guna kod bar harga rendah cetakan sendiri

Mar 30, 2016 | 03:08 PM



SEORANG pemilik kedai runcit mencetak pelekat kod barnya sendiri dan menampalnya pada pelbagai barang di pasar raya untuk membeli baranga-barang itu pada harga lebih rendah.



Pada Rabu (30 Mac), Zhang Bobo, seorang warga Singapura berusia 27 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan menipu melibatkan $2,354.



Tujuh lagi tuduhan serupa dan dua tuduhan cuba menipu diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Jumlah keseluruhan dalam semua tuduhan menipu itu ialah $4,282 dan Zhang telah memulangkan sepenuhnya wang itu kepada pasar raya Cold Storage dan Giant.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sanjeev Vaswani berkata sekitar Ogos tahun lepas, Zhang mempunyai masalah kewangan.



Selepas memerhatikan kaunter juruwang di pelbagai pasar raya, dia mencetuskan rancangan membuat duit dengan menjual semula susu tepung bayi yang diambil dari pasar raya.



Dia mencetak pelekat kod bar menggunakan pencetak label kedainyai. Dia kemudian pergi ke pasar raya dan menampal pelekat yang berharga rendah itu pada tin susu tepung dan kemudian menimbas barang itu di kaunter layan diri.



Pada 1 November lalu, dia melakukan perbuatan itu bagi enam tin susu tepung, periuk dan pembersih vakum di pasar raya Giant Tampines.



Dia mengimbas barang-barang itu membayar seolah-olah dia memberi susu sejat Marigold pada harga di $1.25 setiap satu.



Ini bermakna dia menipu pasar raya itu kononnya dia membeli barang berharga $ 10 sedangkan jumlah sebenar ialah $630.



Dia menjual susu tepung itu dalam talian.



Dalam tempoh dua hari dia menipu pasar raya itu kira-kira $1,190.



Pada 6 November, Zhang kembali ke Giant Tampines dan menipu $547.



Dia ditangkap di pasar raya Cold Storage di Eastwood Road apabila cuba menipu dengan membayar $6 bagi tiga tin susu tepung berharga $493.



Zhang, yang berkahwin dengan seorang warga China dan mempunyai seorang anak perempuan, dibenarkan menangguhkan hukuman hingga 27 April kerana dia sedang cuba menjual kedainya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >