Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DARI MAHKAMAH

Dijel kerana edar video seks dengan temanita

Dec 10, 2021 | 05:30 AM

SEORANG lelaki Bangladesh yang merakam perbuatannya mengadakan hubungan seks dengan temanitanya, yang kini sudah memutuskan hubungan dengannya, dipenjara 12 minggu semalam kerana berkongsi klip video itu bersama sepupu wanita berkenaan menyusuli satu pertengkaran.

Lelak itu mengaku bersalah mengedar rakaman itu tanpa kebenaran wanita tersebut. Namanya tidak boleh disiarkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Melissa Lee berkata pasangan itu menjalin hubungan romantis sejak 2018.

Mereka mengadakan hubungan seks yang dirakam menerusi telefon bimbit lelaki itu.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pada awalnya membenarkan lelaki itu merakam video mereka tetapi kemudian memintanya memadamkan klip tersebut.

Permintaan wanita itu tidak dipedulikan dan lelaki itu berbohong bahawa video tersebut sudah tiada dalam telefon bimbitnya.

Pada 20 September, pasangan itu bertengkar kerana wang dan hubungan mereka. Wanita itu mula menyekat lelaki berkenaan daripada pesanan WhatsApp-nya.

Sekitar 4.40 petang pada 26 September, klip video seks itu dikongsi bersama sepupu wanita berkenaan, walaupun diketahui ia akan memalukan wanita berkenaan.

"Tertuduh melakukan demikian kerana ingin mangsa berbual dengannya memandangkan dia sudah disekat di WhatsApp."

Mangsa melaporkan perkara itu kepada polis esoknya.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Marvin Bay berkata kes itu melibatkan pelanggaran kepercayaan yang besar kerana mangsa pada awalnya membenarkan tertuduh merakam video mereka.

Bagi kesalahan sengaja mengedar rakaman video intim wanita tanpa kebenarannya, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun, denda, sebat atau gabungan hukuman itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3