Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dijel kerana rakam video dalam skirt dan wanita mandi, serta curi

Feb 23, 2016 | 03:40 PM



SEORANG lelaki yang merakam video dalam skirt seorang wanita dipenjara enam bulan pada Selasa (23 Feb).


Jaymeson Low Sze Wee, 23 tahun, yang menghadapi 19 tuduhan, mengakui bulan lalu terhadap tujuh pertuduhan - lima mencabul kehormatan seorang wanita dan setiap satu mencuri dan melakukan perbuatan nakal.


Dia ditahan di Cassia Crescent dekat Old Airport Road pada awal pagi 15 Feb tahun lalu kerana merayau.


Apabila polis memeriksa telefon bimbitnya, ia didapati mengandungi dua video seorang wanita telanjang dan 13 video dalam skirt.


Siasatan menunjukkan pada 9 Feb tahun lalu, Low menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam seorang wanita mandi di dalam tandas di sebuah tempat yang tidak diketahui di Singapura.


Dua hari kemudian, dia merakam video dalam skirt dua wanita tidak diketahui dalam lif di Kompleks Golden Mile, Beach Road, dan berhampiran stesen MRT Lavender.


Low melakukan perbuatan sama ke atas dua lagi wanita di eskalator di stesen MRT Mountbatten pada 12 dan 13 Feb tahun sama.


Pada 1 Okt, seorang ahli francais menghubungi polis menyatakan bahawa seseorang sedang mengumpil mesin dobi untuk mencuri di Old Airport Road.


Siasatan menunjukkan pengadu itu sedang melihat televisyen litar tertutup (CCTV) beliau pada 1.28 pagi apabila beliau melihat Low masuk ke kedai di Blok 21 dan memaksa buka mesin tukaran duit syiling menggunakan pemutar skru. Kerosakan berjumlah $800.


Perbuatan Low mencuri $340 dari mesin itu dirakam CCTV tersebut.


Baki tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Low mempunyai rekod kesalahan memberi pinjaman wang tanpa lesen, kecurian, penipuan, menerima barang curi dan meragut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >