LELAKI yang meludah dua wanita di pusat tukaran bas Woodlands Oktober lalu dihukum penjara lima minggu dan denda $800 semalam.
Juraimi Kamaludin, seorang pekerja pembersihan berusia 48 tahun, telah didapati bersalah Rabu lalu bagi lima tuduhan, termasuk menyebabkan gangguan awam dengan meludah Cik Teoh Lay Peng, 41 tahun, serta menolaknya dengan keras keluar dari sebuah bas dan meludah Cik Lee Kuan Eng, 34 tahun, enam kali dalam tempoh 10 minit.