Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Dijel lima tahun kerana seludup rokok lepas dua tahun larikan diri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dijel lima tahun kerana seludup rokok lepas dua tahun larikan diri

Dec 18, 2015 | 03:38 PM

SEORANG anggota utama sebuah sindiket penyeludupan rokok dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Selasa (15 Disember), selepas kira-kira dua tahun melarikan diri.

Kastam Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat (18 Disember) berkata Ibrahim Saleh, 45 tahun, mengaku bersalah bagi dua pertuduhan.

Dua lagi pertuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Pada 2013, warga Singapura itu dan empat rakannya ditahan pegawai Kastam Singapura di sebuah gudang di Kallang Avenue kerana menyeludup kira-kira 14,400 karton rokok.

Duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielak berjumlah lebih $1.3 juta.

Salah seorang rakannya itu dijatuhi hukuman penjara 32 bulan pada 2013, manakala seorang lagi didenda $1,000.

Ibrahim melanggar ikat jamin dan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Pada 9 Jun lalu, dia ditahan di Johor oleh polis Malaysia dan diserahkan kepada Singapura.

Esoknya, pegawai Kastam Singapura menyerbu sebuah gudang di Loyang Crescent dan merampas lebih 3,000 karton rokok elak cukai tersembunyi di kepala katil yang diubah suai, yang diimport dari Batam.

Duti dan GST terlibat berjumlah lebih $309,000.

Lima lelaki Singapura dan seorang lelaki Indonesia dijatuhi hukuman penjara antara 26 dan 33 bulan penjara bagi peranan mereka dalam kes itu, yang diselaras oleh Ibrahim di Batam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan duti kastam atau GST boleh menghubungi Kastam Singapura di 1800-233-0000 atau e-mel customs_intelligence@customs.gov.sg e-mel.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3