Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dikir barat dapat suntik kreativiti bahasa Melayu: Faishal

Sep 11, 2022 | 05:30 AM



PERTANDINGAN GeylangGang Dikir yang diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan dikir barat untuk mengupas dan menyampaikan mesej bahawa bahasa Melayu dapat kekal dinamik dan relevan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau, yang juga Penasihat Utama WGS dan Pengerusi Majlis Bahasa, berkata acara itu diharap dapat menyemarakkan lagi semangat berkarya dalam bahasa Melayu dan menyuntik kreativiti di kalangan anak muda kita.



"Dengan tema Bahasa Yang Hilang, kumpulan-kumpulan dikir barat hari ini perlu mengupas dan menyampaikan mesej bahawa bahasa Melayu dapat kekal dinamik dan relevan. Ini selaras dengan misi Bulan Bahasa setiap tahun.



"Saya harap ini dapat menyemarakkan lagi semangat berkarya dalam bahasa Melayu dan menyuntik kreativiti di kalangan anak muda kita," jelasnya.



Pertandingan dikir barat itu dianjurkan sempena sambutan Bulan Bahasa dan kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian perlu menonjolkan keupayaan masing-masing dalam penggunaan bahasa dan kreativiti dalam mengupas tema Bahasa Yang Hilang.



Semangat meriah yang membanjiri dewan Persada Budaya di WGS, dengan lebih 1,000 penonton memberi sokongan semasa pertandingan hangat antara kumpulan yang bertanding.



Antara kumpulan yang bersaing termasuk Dang Anom, Kita Kawan, Nibong Tunggal, Langgam Sukma Sari, Dek Bongsu, Andika, MakYong Kedek, Dwi Durrah, Lang Yuda, Hikayat Putera Emas, Prahara Swara, Jaki Jipang, Durbar Dua, Kelana Purba dan Si Anak Seni.



Acara itu bertujuan menggalak penggunaan bahasa Melayu dan memberi ruang bagi penggiat dikir ruang untuk berkarya.



Dikit Barat adalah satu seni berkumpulan yang mempunyai pengikut yang agak besar dan memudahkan mesej-mesej tertentu disampaikan melalui lirik dan sorakan awok-awok yang dilaungkan.



"Dengan tema dan lirik-lirik yang baik, saya yakin masyarakat Melayu akan jatuh cinta dengan bahasa kerana penyampaian yang berbagai dan menarik," tambah Dr Faishal.



Tahun ini, WGS bekerjasama dengan beberapa pertubuhan seni dan pihak-pihak berkepentingan untuk menganjurkan tujuh aktiviti sempena Bulan Bahasa seperti bengkel bangsawan, pertandingan dikir, persembahan teater dan banyak lagi.



Sebagai pusat sivik seni dan budaya, WGS senantiasa menyokong kempen Bulan Bahasa sejak ditubuhkan pada 2019.



Dr Faishal semalam berkata beliau berharap aktiviti-aktiviti sebegini akan diteruskan untuk memupuk minat masyarakat dalam Bahasa Melayu dan diadakan secara konsisten dan tidak hanya di Bulan Bahasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >