Lewat tahun lalu, ekonomi global mula stabil setelah terjerumus dalam ketidaktentuan dek perang dagang Amerika Syarikat-China. Ini memberi lulusan universiti dan politeknik harapan bahawa mereka menyertai pasaran pekerjaan tepat pada masanya. Namun, tahun 2020 digegarkan dengan pandemik Covid-19 yang menyebabkan ekonomi dunia kini di ambang kemelesetan paling buruk dalam sejarah moden. ZUBAIDAH EUSOFF (bhnews@sph.com.sg) meninjau keadaannya bagi lulusan universiti dan politeknik kita.
Tetap gagahkan diri hadapi situasi masa kini