HARI yang dinanti-nantikan ramai pengendali perniagaan di rumah (HBB) yang tidak sabar menyambung semula operasi mereka tiba semalam, dengan perniagaan HBB dibenarkan tetapi hanya untuk penghantaran atau beli bawa pulang.
Meluahkan kegembiraan dan kelegaan mereka dapat meneruskan operasi sewaktu tempoh pemutus litar ini setelah 'berehat' lebih dua minggu, pemilik HBB kini sibuk memenuhi pesanan makanan serta kuih-muih mereka sambil mematuhi langkah jarak selamat diperketat.