Dipenjara kerana ambil video dalam skirt rakan sekerja, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Dipenjara kerana ambil video dalam skirt rakan sekerja

Apr 14, 2016 | 02:42 PM

SEORANG bekas penasihat kewangan dipenjara 21 minggu pada Khamis (14 April) kerana mengambil video dalam skirt rakan-rakan sekerjanya.

Ang Wen Jie, 32 tahun, mencabul kehormatan rakan-rakannya itu antara Mac 2014 dan April tahun lalu, semasa bekerja di sebuah bank di Shenton Way.

Dia mengaku salah terhadap lapan daripada 39 pertuduhan. Lokasi dia melakukan kesalahan itu termasuk kawasan mesin pencetak di pejabatnya, eskalator dan tangga. Semua mangsa, kecuali dua, rakan sekerjanya.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 23 Sept 2014, seorang penasihat kewangan berusia 32 tahun sedang pulang ke pejabat bersama Ang apabila dia mengambil video dalam skirt wanita itu ketika mereka menaiki eskalator ke lobi lif di tingkat 2.

Mangsa termuda seorang pelatih berusia 22 tahun. Ang mengambil video paha, seluar dalam dan punggung wanita itu menggunakan iPhone apabila beliau pergi mencetak sesuatu pada 23 Disember tahun itu.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pada Mac tahun lalu, Ang membeli iPhone 6 dan memindahkan video dari telefon iPhone 4 lamanya kepada yang baru itu sebelum melupuskan telefon lama itu.

Seorang rakan sekerja Ang yang berusia 30 tahun, yang juga menjadi mangsa, membuat laporan polis di Pusat Polis Kejiranan Marina Bay pada 7 April tahun lalu.

Beliau berkata beliau mengesyaki Ang mengambil video dalam skirt di tempat kerja mereka.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map