Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara kerana rakam amah mandi dengan kamera intip

Jun 15, 2016 | 09:12 AM



SEORANG jurutera sofwe, yang menggunakan kamera intip untuk merakam video pembantu rumahnya di dalam bilik mandi, dihukum penjara enam minggu pada Selasa (14 Jun).



Jahja Salam, 50 tahun, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura, mengaku bersalah menceroboh privasi pembantu rumah Indonesia berumur 35 tahun itu di flatnya di Sengkang pada 15 Nov 2014.



Mahkamah diberitahu bahawa Jahja membeli sebuah pen dengan kamera, dengan niat merakam video pembantu rumah itu mandi. Sebelum 8.45 malam hari kejadian, dia meletaknya di dalam tandas dan pergi makan malam.



Pembantu rumah itu mandi tanpa menyedari tentang rakaman kamera itu. Beliau nampak sebatang pen di atas kabinet cermin, tetapi tidak mengesyaki apa-apa.



Selepas mandi, beliau ternampak cahaya kuning dari pen itu lalau memeriksanya dan menyedari apa ia sebenarnya. Beliau mengambil alat itu.



Apabila Jahja pulang dan mendapati pen itu hilang, dia memintanya daripada pembantu rumahnya, yang pura-pura tidak tahu mengenainya.



Esoknya, pembantu rumah itu membuat laporan polis.



Peguam Paul Yong berkata anak guamnya disahkan menghidap voyerisme, atau penyakit intai, dan tidak berpeluang menonton video tersebut.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Amanda Chong berkata voyerisme ialah penerangan klinikal tentang apa yang pada dasarnya tingkah laku jahat, dan tidak menghalang tertuduh mengawal diri.



Jahja, yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, dibenarkan menangguhkan hukuman hingga 15 Ogos. Jumlah ikat jaminnya digandakan kepada $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >