Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipenjara, sebat kerana seks dengan anak tiri bos

Jul 18, 2019 | 09:29 AM



DIA ditawarkan kerja oleh jirannya. Namun, bapa enam anak yang berusia 36 tahun itu mengadakan hubungan seks dengan anak tiri majikannya itu yang masih bawah umur dalam van penghantaran yang digunakannya untuk bertugas.



Mahkamah Tinggi diberitahu semalam (17 Julai) bahawa budak perempuan tersebut, yang berumur 11 tahun ketika itu, menghantar mesej kepada tertuduh dan berkata beliau sukakannya tetapi beliau tahu dia sudah berkahwin.



Apabila lelaki itu membalas mesejnya dan berkata lelaki boleh ada empat isteri, budak perempuan itu bertanya sama ada usia satu isu baginya.



Namun, dia hanya membalas: “Usia sekadar angka.”



Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sebat enam kali selepas dia mengaku bersalah terhadap satu tuduhan mengadakan hubungan seks dengan budak perempuan bawah umur.



Dia tidak boleh dinamakan demi melindungi identiti mangsa yang kini berumur 13 tahun.



Mahkamah diberitahu bahawa bapa tiri budak perempuan itu mengambil tertuduh bekerja sebagai pengurus operasi di syarikat pengangkutannya awal tahun lalu dan budak perempuan itu juga mula berhubungan dengan lelaki itu menerusi WhatsApp tanpa pengetahuan keluarga mereka.



Selepas meluahkan perasaannya kepada lelaki itu pada 16 Mac tahun lalu, beliau pergi ke rumah lelaki itu dan pada 16 Mei, mengadakan hubungan seks dengannya dalam van di sebuah tempat letak kereta bertingkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >