Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dipercayai bayi paling ringan di dunia, dibenar keluar dari NUH

Aug 08, 2021 | 05:30 AM



DILAHIRKAN pramatang dengan berat badan hanya 212 gram, Kwek Yu Xuan kemungkinan merupakan bayi paling ringan yang pernah dilahirkan di dunia.



Namun, pada usia 14 bulan dan setelah menjalani pembedahan yang menyelamatkan nyawanya, bayi perempuan itu kini sudah dibenarkan keluar dari hospital dan berada dalam dakapan kedua orang tuanya.



Dia kini seberat 6.3 kilogram dan dibenarkan pulang ke rumah sejak 9 Julai lalu.



Yu Xuan, yang dilahirkan di Hospital Universiti Nasional (NUH) di tengah-tengah pandemik Covid-19 pada 9 Jun lalu, begitu kecil dan "mempunyai peluang hidup yang terhad", menurut kenyataan yang dikeluarkan hospital tersebut semalam.



"Namun, menentang segala kesulitan, dengan komplikasi kesihatan semasa kelahiran, dia telah memberi inspirasi kepada orang di sekitarnya dengan kecekalan dan pembesarannya, menjadikan bayi 'Covid-19' luar biasa ini sinar harapan di tengah-tengah kekacauan," kata NUH.



Ibu bapa Yu Xuan, Cik Wong Mei Ling dan Encik Kwek Wee Liang, kedua-duanya merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang bekerja di sini.



Mereka pada awalnya merancang melahirkan anak mereka itu di Malaysia, namun, Cik Wong mengalami masalah praeklampsia atau tekanan darah tinggi semasa kehamilan, menyebabkannya terpaksa melalui pembedahan Caesarean kecemasan ketika hamil 24 minggu dan enam hari.



Setelah dilahirkan, Yu Xuan dirawat di unit rawatan intensif neonatal (NICU) selama 13 bulan.



Profesor Madya Zubair Amin, Ketua dan Perunding Kanan, Jabatan Neonatologi, Khoo Teck Puat- Institut Perubatan Kanak-kanak Universiti Nasional (KTP-NUCMI), NUH, berkata:



"Pasukan NICU berterima kasih kepada keluarga Yu Xuan atas kepercayaan mereka terhadap kebolehan penjagaan yang dapat kami berikan kepadanya.



"Perjalanan Yu Xuan adalah sukar dan kami sangat menghargai usaha bersama serta sokongan baik daripada rakan setugas, penderma dan masyarakat secara am yang telah menyumbang kepada kelangsungan hidup dan pertumbuhannya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >