Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Diploma baru bidang paramedik

May 21, 2021 | 05:30 AM



PEMEGANG diploma tidak lama lagi boleh memohon bagi satu diploma penukaran setahun untuk menjadi paramedik berkelayakan.



Setelah itu, mereka boleh menyertai latihan semasa bekerja melibatkan operasi ambulans awam dan penjagaan perubatan tentera.



Program bersepadu itu, yang dijadual bermula Oktober, merupakan hasil kerjasama antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Politeknik Nanyang (NYP).



Selasa lalu, pihak tersebut menandatangani Memorandum Persefahaman bagi meningkatkan tahap karyawan paramedik, dengan terus membangun latihan paramedik di peringkat pengajian tinggi.



Program bersepadu itu bertujuan menghasilkan paramedik yang bersedia untuk masa depan.



"Dengan penduduk yang menua, paramedik menghadapi cabaran menangani kes yang meningkat, dan harus mendiagnosis serta mengutamakan rawatan bagi yang mengalami beberapa penyakit.



"Latihan kukuh dan menyeluruh di bawah program latihan di tempat kerja itu, yang merangkumi pengurusan kecederaan semasa waktu aman dan perang, amat penting demi memastikan paramedik yang dibangun secara menyeluruh dan bersedia untuk masa depan," ujar mereka yang terlibat dalam usaha itu.



Lulusan program bersepadu itu boleh mencari peluang kerjaya dengan SAF sebagai pakar perubatan ketenteraan SAF di bawah Skim Pakar Bidang Ketenteraan, atau dengan SCDF sebagai paramedik.



Mereka juga boleh bekerja dengan pengendali ambulans privet, atau sebagai paramedik di industri berisiko tinggi lain, menurut satu kenyataan Selasa lalu.



Diploma (Penukaran) dalam Sains Paramedik sepenuh masa itu dibuka kepada paramedik pelatih SAF dan SCDF, serta orang awam yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >